
Microsoft Malaysia dan Intel telah bersama-sama melancarkan sebuah kempen terbaru untuk menggalakkan rakyat Malaysia mencari PC moden yang ideal, khasnya yang dikuasakan oleh Windows 10 dan Pemproses Intel Core. Kempen Find Your New PC Love diadakan bagi memenuhi citarasa pengguna PC moden dengan menawarkan pelbagai peranti premium.
Pengguna kini mempunyai berpeluang mencari PC ideal mereka dari segi mobiliti, kelajuan, sentuhan atau kemampuan. Antara model yang dimaksudkan adalah Asus Zenbook UX360, Alpha 12 Acer Switch, Dell XPS 13, HP Spectre X360 dan Lenovo Mix 510.
Bagi mereka yang sedang mencari-cari komputer peribadi, anda bolehlah layari Lazada untuk melihat model komputer yang ditawarkan dan menikmati penjimatan sepanjang tempoh promosi (9 November – 31 Disember 2016) sehingga RM500.