
Hotline JAIS, Melaporkan Jenayah Syariah Menerusi Smartphone
Teknologi kini digunakan oleh ramai pendakwah untuk mendekatkan diri kepada ummah menerusi media sosial. Terbaru, di Selangor telah wujud aplikasi Hotline JAIS yang dilancarkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor bagi melaporkan pelbagai jenayah syariah menerusi smartphone. Menerusi aplikasi ini jenayah maksiat dan ajaran sesat dapat dilaporkan kepada pihak JAIS.
Pada waktu yang sama maklumat mengenai undang-undang syariah, lokasi masjid terdekat, pejabat JAIS dan berita terkini turut boleh diakses oleh pengguna. Apa yang dilakukan JAIS ini selari dengan apa yang dilakukan oleh beberapa agensi kerajaan lain yang membenarkan laporan daripada orang awam menggunakan aplikasi yang dimuat turun pada smartphone sahaja.
Muat Turun: