
OnePlus 8T Cyberpunk 2077 Kini Rasmi!! – Dijual Pada Harga Kira-Kira RM2484
Berita menarik bagi peminat OnePlus apabila OnePlus8T Cyberpunk 2077 edisi khas kini telah dilancarkan dan dijual pada harga CNY3,999 (kira-kira RM2,484).

Rekaan panel belakangnya sangat unik apabila kamera belakang boleh dilebarkan di seluruh bahagian belakang yang memberikan nafas baru.

Dalam pada itu, telefon ini hadir dengan logo Cyberpunk 2077 yang sangat unik.

Jika dilihat dari aspek dalaman yang berkuasa apabila ia dihadirkan dengan RAM sebesar 12GB dan toran UFS 3.1 sebesar 256GB. IA dikuasakan oleh pemproses Snapdragon 865.