
Tiba masanya untuk menyediakan kamera anda dan mengambil gambar yang ‘Insta Worthy’ – kerana dari 1 – 28 November, Samsung Malaysia memanggil semua pencinta haiwan dan makanan untuk menyertai peraduan #GalaxyAwesome di Instagram dengan hanya berkongsi gambar kreatif haiwan kesayangan anda mahupun makanan menarik yang boleh buat orang lain terliur.

Semua yang anda perlu lakukan adalah seperti berikut:
- Step 1: Follow Samsung Malaysia di Instagram @SamsungMalaysia
- Step 2: Ambil gambar kreatif si comel korang dari dekat
- Step 3: Post di Instagram Feed dengan #GalaxyAwesome, #AwesomePawesome atau #AwesomelyYummy (Tema 2) dan tag @SamsungMalaysia dengan dua member korang untuk follow kami
- Step 4: Pastikan profil korang ‘public’
Yep, ianya semudah itu. Dengan 2 tema berbeza setiap dua minggu – (1) #AwesomePawesome dan (2) #AwesomelyYummy, wow-kan kami dengan kreativiti anda dan berpeluang memenangi hadiah berikut:

Bermula dengan tema #AwesomePawesome, haiwan kesayangan kita sememangnya comel, suka bermain dan penuh dengan ekspresi – memahami satu atau dua ciri yang anda suka mengenai mereka akan membantu anda dalam merakam berbagai emosi dan perasaan yang dialaminya. Mungkin kehalusan bulunya, perincian tapak kakinya atau mungkin matanya yang bersinar purr-fect. Kesemua perincian ini akan memberikan kegembiraan dan membolehkan anda bercerita lebih baik malalui fotografi.