
SPESIFIKASI SAH CPU GAMING TERBARU INTEL
Telah banyak yang kita dengar mengenai CPU desktop Comet S Lake melalui berita tiris dan khabar angin yang dikongsikan pelbagai sumber. Yang terbaru, imej yang dikatakan bocor dari dalam Intel sendiri telah dikongsikan melalui beberapa sumber. Imej yang dilihat seperti dari dokumen pembentangan itu menunjukkan spesifikasi CPU desktop Comet S Lake. Jadi mari kita lihat apakah spesifikasi yang ditawarkan Intel di dalam perang CPU mereka dengan AMD.
SPESIFIKASI Comet S Lake
Imej yang dikongsikan ini mungkin kurang jelas. Jadi kami kongsikan rumusan spesifikasinya di bawah:
- Core i9 10900K—10 teras / 20 threads, sehingga 5.3GHz
- Core i7-10700K—8 teras / 16 threads, sehingga 5.1GHz
- Core i5-10600K—6 teras / 12 threads, sehingga 4.8GHz
Mungkin terlalu banyak info yang perlu dihadam dari dalam gambar yang dikongsikan. Namun, salah satu info yang menarik adalah mengenai CPU flagship i9-10900K. Jika info di dalam gambar tepat, maka CPU ini akan hadir dengan 10 teras/20 teras dan mempunyai julat frekuensi asas 3.7 GHz dan 5.2 GHz di dalam kelajuan boost clock.
Apa Yang Boleh Dinantikan Pada Comet S Lake
Dari maklumat tiris ini, kita dapat melihat fungsi-fungsi terbaru yang bakal ditawarkan Intel. Antaranya:
- Frekuensi sehingga 5.3 GHz dengan Intel Thermal Velocity Boost
- Intel Turbo Boost Max Technology 3.0
- Intel Hyperthreading Technology pada 10th Gen Core i9 dan i3
- 10 teras 20M Intel Smart Cache
- Sokongan DDR4-2933
- Penambah baikan pada Core dan Memory overclocking
- Siri Intel 400 Chipset
- Sokongan 2.5G Intel Ethernet Connection i225 (Foxville)
- Sistem integrasi WiFi 6(AX201) Gig dengan CNBR
Walaupun maklumat ini masih hanya spekulasi, sekurang-kurangnya ia mencadangkan bahawa CPU terbaru dari Intel ini mempunyai potensi yang baik. Berbanding pemproses 10900X mereka yang mengecewakan. Persaingan di antara Intel dan AMD jelas memberikan manfaat buat pasaran, terutamanya kepada pengguna.