Siasatan Terhadap Samsung Galaxy Note7 Baru Berlaku Masalah Pemanasan Melampau?!

3Samsung Malaysia telah memulakan program pertukaran Galaxy Note7 dengan unit baru bermula hari kelmarin, manakala pengguna di Singapura, Korea Selatan dan Amerika Syarikat sudah menerima peranti gantian sejak seminggu yang lalu.

2Malangnya isu bateri bermasalah ini masih belum berakhir, di mana ada laporan menunjukkan bahawa sebilangan pengguna telah mengalami masalah pemanasan melampau pada Note7 baru mereka ketika melakukan panggilan telefon. Ada juga melaporkan bateri cepat habis walaupun masih tengah mengecas.

Diharap masalah ini dapat diselesaikan segera kerana ia agak menjejaskan nama baik syarikat. Kepada anda yang telah membuat pra-tempahan, dan sedang menunggu giliran mendapatkan peranti baru, bolehlah kongsi dengan eRing pendapat anda terhadap peranti baru ini.

You might also like