Samsung Galaxy J7 Prime, Memfokuskan Untuk Penggambaran Wefie!

J7 Prime-_new
Pilihan warna putih/emas atau hitam

Samsung hari ini dengan rasminya mengumumkan model terbaru mereka, Galaxy J7 Prime untuk pasaran Malaysia. Memfokuskan kepada pengguna yang gemar mengambil gambar wefie, smartphone ini menyokong lensa kamera depan 8 Megapiksel bersama mod Wide Selfie dan kamera utama beresolusi 13 Megapiksel dengan apertur F1.9.

SM-G610FZDDINS-25-0SM-G610FZDDINS-71-0Apa yang istimewanya Galaxy J7 Prime, ia menampilkan skrin berukuran 5.5 inci beresolusi 1920×1080 piksel, dengan pemproses Octa Core 1.6GHz. Dioperasikan oleh Android 6.0 Marshmallow, sokongan pengimbas cap jari pada Galaxy J7 Prime turut menawarkan bateri berkapasiti 3300 mAh bersama mod Ultra Data Saving. Mod ini mampu menjimatkan penggunaan data oleh pelbagai aplikasi pada smartphone.

SM-G610FZDDINS-49433-1Rekaan logam yang anggun dan premium turut hadir dengan dua pilihan warna iaitu Putih/Emas dan Hitam. Samsung Galaxy J7 Prime akan dijual dengan harga RM 1,199 termasuk 6% GST. Kepada yang berminat, anda boleh berkunjung ke kedai-kedai Samsung yang sah bermula hari ini!

Galaxy J7 Prime Spesifikasi

Skrin

5.5” FHD TFT
Pemproses 1.6GHz Octa-core
Saiz / Berat 151.5 x 74.9 x 8mm / 167g
Kamera 13 MP (F1.9) + 8 MP (F1.9)
Memori 3GB RAM + 32GB ROM (microSD sehingga 256GB)
Bateri 3,300 mAh (Non-removable)
You might also like