Xiaomi Mi 5X Hadir Dengan Snapdragon 625 Dan Dwi Kamera?

Sekeping poster yang mengandungi gambar seorang model sedang memegang telefon pintar Xiaomi terbaru kini sedang tersebar luas di laman sesawang. Jelas kelihatan, duta model tersebut sedang menayangkan sebuah telefon pintar keluaran jenama baru Xiaomi iaitu Xiaomi 5X.

Poster ini turut memperlihatkan maklumat ringkas sistem konfigurasi seperti kehadiran set cip Qualcomm Snapgragon 625 dan paparan bersaiz 5.5 inci. Lebih ketara lagi, orentasi kamera pada peranti ni juga menggunakan sistem dwi kamera, dimana kesemua yang diletakkan memiliki tanda harga sebanyak CNY1,999 juga bersamaan RM1,266 mengikut kadar tukaran semasa.

Sebelum ini, Xiaomi dimaklumkan akan memperkenalkan jenama baru di bawahnya bertujuan untuk pasaran jual beli konvensional dan bukannya secara atas talian. Berdasarkan gambar yang tertiris, model yang kelihatan di poster sebelum ini hampir sama dengan poster terkini. Sebagai tambahan, ada sumber juga mengatakan Xiaomi 5X akan hadir dengan varian lebih tinggi iaitu kapasiti RAM sehingga 6GB termasuk set cip Snapdargon 660. Walaubagaimanapun, Xiaomi 5X ini mungkin akan dilancarkan pada 26 Julai kelak.

You might also like