Reviu Eksklusif: Berbaloi Ke Berhabis Duit Nak Beli Asus ProArt StudioBook Pro 17? Try Tengok Dulu!!!

181

Banyak dakwaan memperkatakan tentang ASUS ProArt StudioBook Pro yang dikatakan merupakan sebuah peranti raksasa yang hadir dengan spesifikasi yang berkuasa. Namun sejauh manakah kehebatan peranti ini? jom kita lihat!!!

Rekaan Giler Cunn!!!

Kalau dilihat rekaan peranti ini, memang premium. Tampil dengan rekaan yang sangat nipis dan sangat sleek walaupun hadir dengan kuasa memproses yang sangat berkuasa. Secara keseluruhan, ia hanya seberat 2.39kg.

Turut dihadirkan denghan port Thunderbolt 3 USB Type-C port, a HDMI 2.0 port, a 3.5mm audio combo jack, USB 3.1 Gen 2 dan SD Card Reader.

Jika dilihat, rekaan sangat eksklusif, sesuai bagi mereka yang mementingkan gaya dan keungguluan. Segala ciri yang dipamerkan pada rekaannya menyerlahkan lagi keunikkan yang ada pada peranti ini. Tampak mewah!!! Jom kita usha lagi design peranti ini!!

Paparan Cunz!!!

Menariknya mengenai peranti ini, ia hadir dengan paparan NanoEdge dan hadir dengan bezel yang sangat nipis. MEnariknya, 97% bagi DCI P3 Wide Colour Gamut dan 133% sRGB colour Gamut.

Peranti ini hadir dengan resolusi 1920 x 1200 yang pastinya memaparkan kualiti paparan yang sangat baik khusunya dari aspek warna yang terhasil. Lebih Vibrant, dan lebih tepat.

Yang lagi best, skrin ini di buka sehingga 10 darjah!!! Jadi, lagi anda akan lebih selesa melaras skrin ketika menonton!!!

Pemproses Memang Raksasa!!!

Asus ProArt StudioBook Pro 17 ini hadir dengan Intel Core i7-9750H dan dipadankan dengan Nvidia Quadro T2000 GPU dengan 4GB GDDR5 VRAM. Ia turut hadir dengan 16GB DDR4 2, 666MHz RAM dan 512GB PCle NVMe M.2 SSD.

Dengan keupayaan pemproses yang hadir, ia memperlihatkan kehebatannya khususnya dalam melakukan multi tasking yang sangat smooth tanpa ada lag. Kami juga melakukan ujian ke atas peranti ini yang mana ia memperlihatkan ia mempamerkan prestasi yang sangat baik. Tidak kira dalam melakukan kerja seharian, mahupun multitasking.

Secara keseluruhannya, peranti ini sangat lancar ketika digunakan dan tiada sebarang lag. Dengan keupayaan yang sangat berkuasa, ia pastinya mampu melalukan pelbagai tugasan (Multitask) dengan sangat baik.

Bateri Mantop!!!

Bagi yang tidak tahu, peranti ini hadir dengan bateri yang sangat baik iaitu 57Wh yang pastinya mampu bertahan seharian. Sungguhpun, peranti ini hadir dengan pemproses dan grafik yang sangat berkuasa yang sepatutnya memakan kuasa bateri dengan dengan banyak, tetapi dengan peranti ini, anda tiada masalah berkenaan.

Pengecas peranti ini juga sangat ringan dan mudah untuk di bawa kemana sahaja!!!

Apa Kata Editor

Secara keseluruhan, peranti ini pasti tidak mengecewakan khususnya bagi mereka yang memerlukan kreativiti ketika menggunakan peranti ini. Dari aspek rekaan, pemproses mahupun paparan, ia ternyata mampu memberikan kepuasan buat pengguna. Berbaloi untuk dimiliki!!!