Fondazione Prada Mempersembahkan “Human Brains,” Sebuah Projek Pelbagai Disiplin yang Dikhususkan untuk Kajian Otak

104

MILAN, 14 Oktober 2020 /PRNewswire/ — “Human Brains” ialah satu projek pelbagai disiplin yang dikhususkan untuk kajian otak yang bakal berlangsung mulai November 2020 hingga November 2022. Ia merupakan hasil satu penyelidikan yang dimulakan pada tahun 2018 oleh Fondazione Prada, dengan kerjasama lembaga saintifik yang dipengerusikan oleh Giancarlo Comi dan terdiri daripada Jubin Abutalebi, Massimo Cacciari, Viviana Kasam, Udo Kittelmann, Andrea Moro, dan Daniela Perani.

Bahagian pertama “Human Brains” akan menampilkan persidangan dalam talian bertajuk “Budaya dan Kesedaran” (9 – 13 November 2020) menggunakan platform interaktif yang dihubungkan ke laman web Fondazione Prada. Acara ini akan disusun dengan perbincangan harian selama lima hari antara dua cendekiawan yang memberikan tumpuan terhadap kajian kesedaran dalam neurosains.

Dua perbincangan pertama akan menyaksikan pakar neurosains Sanchez-Vives dengan pakar neurobiologi Jean-Pierre Changeux, bersama-sama pakar neurosains Giancarlo Comi sebagai moderator, serta pakar neurologi Eve Marder dengan pakar neurosains Antonio Damasio, bersama-sama pakar neurologi dan neurosains Daniela Perani sebagai moderator. Mereka akan meneroka asas-asas biologi hati nurani, daripada mekanisme neurofungsi hingga ke neurokimia dan asas molekul. Seterusnya, mereka akan membuat analisis mendalam tentang penyambungan sebagai substrat serebral keadaan hati nurani dan teknik revolusi yang membolehkan penyelidikan otak secara in vivo (dalam tubuh).

Dua perbincangan antara pakar neurolinguistik Andrea Moro dengan pakar psikologi kognitif Stanislas Dehaene akan dikendalikan oleh pakar neurologi kognitif Jubin Abutalebi, sementara perbincangan antara pakar antropologi Ian Tattersall dengan pakar neurosains Idan Segev akan dikendalikan oleh pakar neurosains Katrin Amunts. Mereka akan mengkaji konsep kesedaran yang berkaitan dengan antropologi, peranan utama bahasa dan kaitannya dengan emosi dan perasaan untuk menggambarkan evolusi penyelidikan masa depan dan percubaan untuk mencipta mesin fikiran.

Ahli falsafah Michele Di Francesco dan pakar psikiatri serta neurosains Giulio Tonoli akan mengadakan perbincangan terakhir yang dikendalikan oleh wartawan saintifik Vivian Kasam; perbincangan ini akan menjadi detik penting untuk berhadapan dengan pelbagai sudut perspektif dan pendekatan yang berbeza untuk menjawab persoalan yang kompleks tentang kesedaran. Giancarlo Comi dan Massimo Cacciari akan merumuskan semua perbincangan sebelumnya.

Bahagian kedua daripada “Human Brains” yang dijadualkan pada tahun 2021 di lokasi Fondazione Prada di Milan akan turut menganjurkan persidangan antarabangsa, berserta dengan projek pameran. Ia bertujuan membuat perbandingan antara beberapa institusi neurosains antarabangsa paling berprestij bagi kemajuan penyelidikan dari segi penuaan normal dan patologikal otak kita. Pada tahun 2022, Fondazione Prada Venice akan mengadakan pameran yang dikurasi oleh Udo Kittelmann dalam dialog bersama lembaga saintifik, yang dikhususkan untuk kajian otak yang akan memulakan fasa ketiga “Human Brains.”

PDF – https://mma.prnewswire.com/media/1311893/Scientific_Program.pdf
Logo – https://ering.com.my/wp-content/uploads/2020/10/fondazione-prada-mempersembahkan-human-brains-sebuah-projek-pelbagai-disiplin-yang-dikhususkan-untuk-kajian-otak.jpg
Logo – https://ering.com.my/wp-content/uploads/2020/10/fondazione-prada-mempersembahkan-human-brains-sebuah-projek-pelbagai-disiplin-yang-dikhususkan-untuk-kajian-otak-1.jpg

Keywords: Art Computer/Electronics Entertainment Health Care/Hospital Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service Trade show news STEM (Science,Technology,Engineering,Mathematics)

Source: PRNEWSWIRE