Kamera Web HDR 2K PA930 PAPALOOK, Penyelesaian Mudah untuk Ubah Studio Strim Langsung Anda

NEW YORK, 30 Jun 2021 /PRNewswire/ — PAPALOOK, pakar kamera web yang utama dalam industri, mengumumkan pelancaran kamera strim langsung PA930, pilihan jimat yang terkini dalam rangkaian kamera web gred-studio PAPALOOK yang padat dengan semua ciri yang disukai oleh penstrim, pemain permainan video dan pekerja pejabat. Peranti strim langsung yang sempurna untuk tujuan perniagaan mahupun hiburan, PA930 ialah kamera web pasang-dan-main yang didatangkan lengkap dengan Resolusi 2K, imej Julat Dinamik Tinggi (HDR), Dwi-Mikrofon Semua Arah terbina dalam yang menampilkan pengurangan hingar, kini disediakan di Amazon AS, UK, Jerman, Perancis dan Sepanyol pada harga $69.99, £69.99 dan €79.99.

Kamera Web HDR 2K PA930 PAPALOOK, Penyelesaian Mudah untuk Ubah Studio Strim Langsung Anda
Kamera Web HDR 2K PA930 PAPALOOK, Penyelesaian Mudah untuk Ubah Studio Strim Langsung Anda

PAPALOOK PA930 direka bentuk dan dicipta dengan fokus pada kualiti imej, dengan Pengimejan Julat Dinamik Tinggi (HDR) menyampaikan pengalaman strim langsung yang hebat dengan merangkumkan nuansa warna halus dengan ketepatan yang lebih tinggi. Kehebatan teknologi pemprosesan imej kamera web PAPALOOK yang utama dalam industri ini ditingkatkan lagi dengan sensor yang dapat merekod video dalam Quad HD 2560x1440P pada 30fps atau HD Penuh 1920x1080P hingga 60fps. Pengguna boleh menukar pilihan resolusi hanya dengan menekan butang di atas kamera.

Gabungan ciri-ciri tersebut membolehkan PA930 untuk menghasilkan kualiti imej yang tajam dan asli dengan warna-warna terang, bagi membantu pencipta memaksimumkan daya tarikan kandungan mereka, sama ada untuk ‘vlog’, permainan video dan rancangan strim langsung.

Kamera web sudut lebar 90 darjah menempatkan kanta fokus-tetap dengan apertur lebih besar yang membolehkan lebih banyak cahaya melepasinya. Ini menghasilkan penghantaran cahaya yang lebih baik, kurang herotan imej walaupun dalam persekitaran rendah cahaya. Digandingkan dengan prestasi visual berkualiti tinggi ialah keupayaan rakaman audio cemerlang yang didayakan oleh Dwi-Mikrofon Semua Arah disepadukan. Ia boleh menangkap suara pengguna dari semua sisi dan dalam masa yang sama menyekat kebisingan ambien bagi menghasilkan bunyi yang sangat jelas, hasil daripada teknologi pengurangan hingarnya.

PAPALOOK PA930 turut didatangkan dengan penutup kamera yang dapat melindungi privasi pengguna apabila tidak digunakan selain tripod untuk persediaan kamera web atas meja. Proses pemasangan yang diselaraskan bererti tiada pemacu diperlukan untuk sistem operasi termasuk Windows XP, Windows 7, Windows 8, Windows 10, Chrome OS, Mac OS 10.6 atau lebih tinggi, Android 5.0 atau lebih tinggi.

PAPALOOK ialah pencipta barangan elektronik yang inovatif, termasuk kamera web 720P/1080P, 4K dan AI. PAPALOOK menyediakan “Kualiti Video Lebih Baik” untuk generasi-generasi pengguna celik kamera web, pada masa lalu, masa kini dan masa depan. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi: www.papalook.com atau hubungi support@papalook.com.

Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Electronic Commerce Electronic Components Entertainment Multimedia/Online/Internet Computer Accessories New products/services

Source: PRNEWSWIRE

You might also like