
Di dalam tempoh promosi terhad, YES menawarkan pelanggan prabayar peluang menggandakan tambah nilai dan membawa pulang TV berdefinisi tinggi 50-inci LED melalui kempen terbaru “Reload & Win“.
Sepanjang tempoh kempen yang berlangsung dari sekarang sehingga 31 Mac 2017, YES menawarkan “Buy 1 Reload Free 1 Reload”. Setiap tambah nilai RM10, RM30, RM50 atau RM100 yang anda lakukan, anda akan mendapat dua kali ganda nilai dari apa yang anda bayar. Contohnya, tambah nilai RM30 akan mendapat tambahan RM 30 secara percuma. Selain bonus tambah nilai berganda ini, anda berpeluang memenangi TV setiap hari.

Pemenang harian yang dikumpulkan selama seminggu akan diumumkan setiap hari Isnin pada halaman Facebook YES 4G. Setakat ini, sudah ada 20 pemenang bertuah seperti Ng Ming Tin, Tan Yoke Boon, Asyura Binti Sharom dan Mahmudur Rahman Talukder, dan anda masih berpeluang membawa pulang TV baru sambil menikmati tambah nilai berganda dari YES.

