Maxis ONERetail – Penyelesaian Lengkap Digital Pertama Khusus Industri Runcit

XIXILI, sebuah jenama pakaian dalaman, telah menggunakan penyelesaian e-dagang Maxis, manakala kedai roti tempatan, Haruka Bakery, kini menggunakan penyelesaian Cloud POS Maxis.

Perniagaan runcit kini mempunyai akses kepada penyelesaian lengkap untuk memodenkan perniagaan mereka sepenuhnya dengan kehadiran Maxis ONERetail, suatu penyelesaian digital komprehensif yang merangkumi jualan berasaskan awan, e-dagang dan pemasaran SMS yang melengkapi penyelesaian Internet mudah alih dan tetap yang sedia ada. Maxis adalah telco pertama di Malaysia yang menawarkan penyelesaian digital lengkap bagi industri runcit.

Maxis ONERetail adalah satu penyelesaian yang ideal untuk pemilik perniagaan kerana ia mengupayakan mereka untuk memaksimumkan potensi teknologi, meningkatkan kecekapan operasi dan kekal relevan dengan pelanggan mereka.

Antara penyelesaian yang ditawarkan melalui Maxis ONERetail termasuk:

  1. eCommerce: Webstore tersendiri oleh pakar-pakar digital khas, tinjauan dan analisis prestasi jualan dalam bentuk dashboard, dan perkhidmatan pemasaran digital untuk meningkatkan kehadiran dalam talian.
  2. Cloud POS: Perniagaan dapat mengakses laporan jualan & inventori dalam masa nyata dari satu platform dalam talian, serta membina analisis jualan & pelanggan. Platform berasaskan awan ini mengupayakan mereka untuk mengakses semua data pada bila-bila masa dan dari mana sahaja. Naik taraf perisian secara percuma dan tanpa gangguan juga termasuk dalam tawaran ini. Ia adalah satu-satunya Cloud POS di negara yang boleh digunakan dengan perkakasan sedia ada peruncit.
  3. mPOS: Terima pembayaran kad di mana-mana sahaja. mPOS juga membolehkan pelanggan mengakses laporan dalam masa nyata, menerima jumlah bayaran yang besar dengan bayaran urus niaga kad kredit yang rendah.
  4. eSMS: Dekati pelanggan yang relevan dengan memusatkan koleksi data pelanggan dan tingkatkan jumlah pelanggan ke kedai.

 

 

 

You might also like