

Jenama teknologi bergaya yang disasarkan kepada golongan muda, Infinix, telah mengumumkan pelancaran Infinix AI Ring, peranti boleh pakai revolusioner yang menggabungkan teknologi AI canggih, fungsi pemantauan kesihatan, dan reka bentuk minimalis yang bergaya. Dengan berat hanya 3.7g, AI Ring ini hadir dengan ciri-ciri hebat yang beroperasi secara senyap di latar belakang—membolehkan pengguna kekal berhubung, mendapatkan maklumat dan memantau kesihatan mereka tanpa sebarang beban.
Pengarah Wilayah Infinix Malaysia, Tommy Xiong berkata:
“Infinix AI Ring mencerminkan lonjakan berani kami dalam teknologi boleh pakai. Ia memperlihatkan komitmen kami untuk mencipta produk yang bukan sahaja memenuhi keperluan kehidupan moden, tetapi juga sesuai dengan gaya dan ekspresi peribadi pengguna.”
AI Pintar untuk Kesihatan Harian
Infinix AI Ring direka sebagai rakan gaya hidup yang sesuai dengan rentak kehidupan moden, dengan keupayaan untuk memantau data kesihatan utama secara masa nyata—termasuk kadar denyutan jantung, tahap oksigen dalam darah, kitaran tidur dan tahap tekanan. Memandangkan ia dipakai pada jari (yang mempunyai aliran darah lebih banyak berbanding pergelangan tangan), ketepatan bacaan biometri juga lebih tinggi.
Cincin ini menyokong kesihatan harian dengan pemantauan kadar denyutan jantung secara berterusan dan memberi amaran awal terhadap ketidakteraturan. Fungsi pemantauan tidur juga lebih terperinci, menganalisis tidur ringan, tidur nyenyak dan fasa REM untuk memberikan pandangan berguna bagi meningkatkan kualiti rehat. Ia turut memantau tahap oksigen dalam darah dan menganalisis isyarat biologi halus untuk mengesan tekanan, serta memberikan panduan relaksasi apabila diperlukan.
Sokongan Pintar untuk Gaya Hidup Aktif
Infinix AI Ring tahan air dan direka untuk memenuhi keperluan harian—sama ada bersenam, mengurus tugas seharian atau berenang. Dengan satu cas penuh, ia boleh bertahan antara 5 hingga 7 hari, meminimakan keperluan mengecas setiap hari. Ia juga didatangkan dengan bekas pengecas jernih yang kompak dan elegan, sesuai untuk gaya hidup bergerak.
AI Ring sangat sesuai untuk pengguna yang serius tentang kesihatan dan mahu memantau data kesihatan serta pemulihan secara real time. Ia boleh diselaraskan dengan aplikasi Infinix Health dan peranti AIoT lain untuk memberikan pengalaman kawalan kesihatan menyeluruh di pelbagai peranti. Cincin ini juga boleh mengesan dan mencatat aktiviti seperti berlari, berjalan, berbasikal, atau yoga secara automatik—membekalkan maklum balas terperinci mengenai prestasi.
Reka Bentuk Bergaya, Dikuasakan Teknologi
Keunikan AI Ring terletak pada gabungan teknologi dan fesyen. Dengan reka bentuk minimalis yang boleh dipadankan dengan cincin lain, ia bukan sekadar peranti pintar tetapi juga aksesori fesyen moden. Sama ada dipakai secara solo atau digabungkan, AI Ring melengkapkan gaya pemakaian pengguna sambil menyediakan fungsi pintar berkuasa.
Ia turut menyokong kawalan pintar seperti kawalan kamera melalui isyarat tangan—membolehkan pengguna mengambil gambar tanpa menyentuh telefon. Fungsi kawalan ini juga boleh digunakan untuk muzik dan peranti rumah pintar yang serasi, menjadikan jari anda pusat kawalan peribadi.
Langkah Baru Dalam Inovasi AIoT
Dengan pelancaran AI Ring, Infinix bukan sahaja mengembangkan ekosistem AIoT mereka, malah menetapkan piawaian baharu dalam teknologi boleh pakai dari segi rupa dan fungsi. Ia menggabungkan keanggunan, inovasi dan kegunaan harian dalam satu bentuk yang bergaya.
Infinix AI Ring kini boleh didapati di semua kedai rasmi Infinix di seluruh negara serta di kedai dalam talian rasmi Infinix di Shopee, Lazada dan TikTok Shop. Setiap pembelian disertakan dengan jaminan 12+1 bulan.
| Infinix AI Ring | |
| Online Sales Platform | Infinix Official Stores on Lazada, Shopee, and TikTok Shop |
| Offline Sales Platform | Infinix Brand Stores |
| Available Colour Variants | BlackGold |
| RRP | RM499 |
Untuk maklumat lanjut tentang Infinix dan AI Ring, sila lawati laman rasmi Infinix Malaysia serta ikuti mereka di Facebook, Instagram dan TikTok.

