Kad Prabayar iflix Kini Mula Dijual Di 7-Eleven

iflix merupakan salah satu perkhidmatan penstriman video tempatan yang menawarkan rancangan televisyen dan filem. Ia ditawarkan pada harga langganan RM10, atau lebih rendah apabila anda melanggannya untuk tempoh setahun.

Sebelum ini, iflix hanya menawarkan bayaran melalui laman rasmi mereka sahaja. Tetapi, kini anda boleh membeli kad prabayar iflix di kedai 24 jam, 7-Eleven. Kepada yang berminat boleh mendapatkan kad prabayar ini pada harga RM10 untuk sebulan, atau RM25 untuk langganan tiga bulan di 7-Eleven seluruh negara.

Ia secara tidak langsung memudahkan pengguna untuk melanggan iflix walaupun tidak mempunyai kad kredit.

Sumber

You might also like