Paparan OLED Memang Sah Di iPhone 8!

Laporan dari Japan’s Nikkei News mengesahkan bahawa Apple telah menempah 70 juta panel OLED dari Samsung untuk suku tahun yang ketiga tahun 2017. iPhone sempena 10 tahun ini nampaknya akan dijual lebih banyak berbanding keluaran iPhone sebelum ini sebanyak 78.3 juta unit terjual pada tahun 2016. Memandangkan permintaan untuk iPhone terbaru ini dijangka meningkat, Samsung sedia membekalkan sebanyak 95 juta unit panel OLED.

Menurut Pengarah Penyelidikan dari IHS Markit iaitu David Hsieh mengesahkan, Samsung adalah satu-satunya syarikat yang bertanggungjawab bagi panel OLED ini. Sementara itu, penganalisis KGI Securities Ming Chin Kuo mengatakan bahawa iPhone 7s dan iPhone 7s Plus akan kekal dengan panel LCD seperti model sebelum ini.

iPhone 8 akan dibekalkan kamera depan 3D dan perkara ini turut disahkan oleh Ming Chin Kuo. Selain itu, iPhone 8 juga dilengkapi pengecas Wireless, kalis air dan debu IP68 serta tidak lagi menggunakan butang Home. Adakah ini bermakana harga iPhone 8 akan menjangkau lebih tinggi iaitu melebihi 1000 dolar Amerika?!

You might also like