Honor Mengadakan Promosi Diskaun Untuk Honor 7X Dan 6A Pro

Bersempena sambutan Tahun Baru Cina yang akan disambut minggu hadapan, honor Malaysia dengan rasa berbesar hati mengadakan jualan promosi. Potongan harga menarik diberikan kepada para pelanggan bermula pada 8 Februari sehingga 11 Februari 2018 di laman e-dagang Vmall, Lazada, 11street, dan Shopee.

Pelanggan akan ditawarkan diskaun sehingga RM101 untuk peranti honor 7X (asal RM1,098) pada harga RM998 manakala, honor 6A Pro (asal RM699) pula diturunkan kepada RM666 seunit. Pelanggan juga akan diberikan hadiah eksklusif iaitu sebuah beg boleh lipat honor isitimewa untuk promosi empat hari ini.

Mungkin ini adalah masa yang sesuai untuk anda dapatkan peranti honor pada harga yang terbaik!

You might also like