

Peranti mampu milik honor 6A Pro kini dijual secara rasmi di pasaran tempatan. Telefon pintar ini disasarkan kepada pengguna Malaysia yang inginkan peranti berprestasi pada harga yang rendah.
Honor 6A Pro dibina berasaskan kerangka bodi logam dengan ketebalan hanya 8.22mm. Rekaan ini turut membawakan sistem keselamatan pengimbas cap jari 0.5 saat di bahagian belakang.
Memiliki skrin bersaiz 5 inci, paparan ini menghasilkan resolusi 1280 x720p HD penuh. Ia dihidupkan menerusi pemproses Qualcomm Octa-core dengan RAM sebesar 3GB dan storan sebanyak 32GB. Ia juga menyediakan slot kad microSD yang menyokong sehingga 128GB serta bateri berkapasiti 3,020mAh.

Bagi mereka yang sukakan penggambaran, honor 6A Pro dilengkapi kamera belakang 13 Megapiksel PDAF dan kamera depan 5 Megapiksel untuk berselfie. Wajah kelihatan lebih jelas dan cantik dengan kehadiran mod Beauty 3.0.
Honor 6A Pro dioperasikan EMUI 5.1 dan Android 7.0 Nougat dengan dua pilihan warna iaitu Emas dan Kelabu pada harga menarik, RM699 seunit. Anda boleh dapatkannya di kedai-kedai yang mengambil bahagian seluruh Malaysia bermula hari ini.
Sebarang maklumat lanjut, boleh dapatkannya di laman rasmi honor Malaysia.

