

Samsung Pay yang dilancarkan di Malaysia pada bulan Februari lalu menyediakan sistem pembayaran tanpa tunai yang mudah untuk digunakan. Kini, pihak Samsung menambah manfaatnya dengan memberikan ganjaran kepada anda melalui Samsung Rewards.
Anda yang inginkan ganjaran ini semestinya memerlukan peranti Samsung yang menyokong ciri Samsung Pay terlebih dahulu. Untuk mendapatkan ganjaran ini, anda hanya perlu kerap berbelanja di kedai-kedai yang menawarkan pembayaran Samsung Pay.
Setiap pembayaran yang dibuat, Samsung akan memasukkan mata ganjaran ke dalam akaun anda sebanyak 10 mata jika anda seorang pengguna baru yang membuat 5 pembelian pertama. Manakala, bagi anda yang sudah dinaikkan tahap kepada Perak, 20 mata akan diberikan sementara tahap Emas pula akan diberikan 40 mata sekaligus untuk satu pembayaran. Mata ganjaran ini diberikan bergantung kepada kekerapan dan bukan berdasarkan jumlah bayaran.

Buat permulaan, anda akan diberikan bonus sebanyak 450 mata untuk dikumpulkan dan ditebus. Mata ganjaran boleh ditebus dengan mendapatkan tiket wayang GSC, minuman Juice Works, dal.komm COFEE, Kenny Rogers Rosters, baucar Parkson, powerbank Samsung malah jam pintar Gear S3 Frontier.
Samsung Pay adalah salah satu alternatif yang efisyen digunakan masa kini, ia tidak memerlukan anda menyimpan wang tunai atau duit syiling yang berat. Samsung Pay boleh digunakan bersama kad debit atau kredit CIMB, Maybank, Standard Chartered, RHB Bank, atau kad-kad kesetiaan yang lain.
[Tutorial] Servis Pembayaran Tanpa Tunai, Samsung Pay Kini Rasmi Di Malaysia
Buat masa ini peranti yang menyokong Samsung Pay melalui ciri NFC ialah Samsung Galaxy Note8, S8, S8+, S7 Edge, S7, A9 Pro, Note5, S6 Edge+, S6 Edge, S6, A7 (2016,2017), A5 (2016,2017) serta Gear S3.
Bagi anda yang inginkan maklumat yang lebih lanjut dan terperinci boleh layari Samsung Pay Malaysia.

