Samsung Pay Diperkenalkan Secara Rasmi Di Malaysia

Samsung hari ini dengan rasminya memperkenalkan servis pembayaran tanpa tunai yang dikenali sebagai Samsung Pay, bertempat di Kuala Lumpur Covention Centre (KLCC). Jika sebelum ini, hanya pengguna Maybank sahaja yang dapat menikmati servis Samsung Pay yang berada di dalam program Open Beta.

Sekarang lebih bank yang menyokong Samsung Pay selain Maybank adalah CIMB, Citibank, Standard Chartered dan akan datang Hong Leong. Kesemua kad yang telah disenaraikan ini menyokong kad kredit (MasterCard & Visa), cuma Maybank sahaja yang boleh menawarkan penggunaan kad debit serta kad prabayar buat masa ini.

Untuk pengetahuan anda, Samsung Pay hanya boleh dipadankan dengan beberapa peranti terpilih Samsung seperti Samsung Galaxy S7 / S7 edge, Galaxy S6 edge+, Galaxy Note5 serta siri Galaxy A (2016 & 2017). Samsung Pay menggunakan teknologi NFC (Near Field Communication) dan juga MST (Magnetic Secure Transmission) untuk membuat pembayaran.

Sempena pelancaran Samsung Pay hari ini, Samsung Malaysia dengan segala hormatnya telah menjemput pembeli dan peminat Samsung untuk siri jelajah Samsung Pay dari 24-28 Februari 2017 di mana anda berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik dari Samsung dan juga institusi perbankan yang bekerjasama dengan Samsung.

 

Sokongan Kad Kredit Debit Prabayar
CIMB MasterCard
Citibank MasterCard
Visa
Maybank Visa
Standard Chartered MasterCard  
Visa
Hong Leong Akan Datang
You might also like