Sambutan Pelancaran Samsung Pay Semakin Hangat Dengan Pelbagai Tawaran Istimewa

Tinggal satu hari lagi sebelum Samsung Pay dilancarkan secara rasmi di Malaysia! Bagi memeriahkan pelancaran servis pembayaran tanpa tunai ini, Samsung Malaysia dengan segala hormatnya menjemput anda, pembeli dan peminat Samsung untuk siri jelajah Samsung Pay dari 24-28 Februari 2017 di mana anda berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik dari Samsung dan juga institusi perbankan yang bekerjasama dengan Samsung.

Ganjaran Samsung Pay dari bank yang mengambil bahagian:
  • Citibank
    Selama sebulan bermula dari tarikh promosi berlangsung sehingga 25 Mac 2017, Citibank memberikan satu (1) unit Gear S3 dan 25 e-baucer Sakae Sushi bernilai RM20 setiap hari untuk jumlah tertinggi transaksi menggunakan Samsung Pay setiap hari. Semua orang perlu lakukan adalah pastikan anda berbelanja dan membayar menggunakan Samsung Pay pada bulan promosi ini.
  • Maybank
    Sebanyak 50 unit telefon pintar siri Samsung Galaxy S disediakan untuk pembelanja kad Maybank yang tertinggi menggunakan Samsung Pay. Tawaran ini berlangsung sehingga 31 Mei 2017. Dengan transaksi minimum RM50 akan melayakkan pembelanja untuk satu penyertaan, manakala perbelanjaan terkumpul bernilai RM1,000 membolehkan anda mendapatkan 100 penyertaan bonus bagi meningkatkan peluang memenangi hadiah utama. Selain itu, pemegang kad Maybank boleh menikmati baucer pembelian RM10 dengan perbelanjaan minimum RM30 di Watson sepanjang promosi berlangsung.
  • Standard Chartered
    Bagi ganjaran bagi simpanan anda, pemegang kad Standard Chartered berpeluang menikmati 20% rebat tunai untuk pembayaran menggunakan kad Standard Chartered Bank pada Samsung Pay. Pastikan anda sudah mendaftarkan kad kredit Standard Chartered anda ke peranti Samsung bagi menerima RM 100 rebat tunai. Selain itu, pemegang kad Standard Chartered boleh menikmati diskaun 30% untuk barangan terpilih di GNC semasa roadshow Samsung Pay.

Tawaran lain
  1. Dapatkan tawaran istimewa RM5 dari The Coffee Bean & Tea Leaf, Sticky, Juice Works dan Stadium! Untuk maklumat lanjut mengenai promosi, segeralah berkunjung ke booth jenama yang mengambil bahagian di Samsung Pay Roadshow, KLCC Centre Court dan nikmati tawaran terhad ini!
  1. Jadi 100 pengguna pertama Samsung Pay harian dengan tiga (3) transaksi pembelian bernilai sekurang-kurangnya RM30 setiap satu dan anda layak menerima Wireless Charger dari Samsung bernilai RM279. Ganjaran yang lebih besar untuk pembelanja Samsung Pay tertinggi dengan hadiah Samsung Galaxy S7 Edge bernilai RM3,099!
You might also like