
[EKSKLUSIF PREVIEW] ASUS ZenFone 4 Max Pro (ZC554KL) – 5000mAh Bateri, Keluar Sepanjang Hari Pun Tak Risau
Selain siri ZenFone 4 terbaru yang memfokus pada dwi-lensa, peranti satu lagi yang diberi nama ASUS ZenFone 4 Max Pro (ZC554KL) turut hadir dengan sokongan dwi-lensa. Sebelum ini kami juga telah membuat sedikit laporan mengenai peranti ini, tetapi adakah maklumat yang didedahkan sebelum ini tepat? Mari kita semak selanjutnya selepas pelancaran baru tadi bertempat di Taiwan.
Walaupun ASUS ZenFone 4 Max Pro juga dibekalkan dwi-lensa pada kamera utamanya, tetapi kapasiti bateri yang sangat besar iaitu 5000mAh sebenarnya adalah “watak utama” pada siri ini. Bagi mereka yang tidak suka mengecas peranti setiap hari, peranti baru ini adalah pilihan sewajarnya. Menurut ASUS, kapasiti besar ini juga boleh menjadikan sebagai powerbank untuk peranti lain dengan menggunakan kabel USB-OTG.
Sebenarnya 2 versi dilancarkan masing-masing dengan pemproses Snapdragon 430 dan Snapdragon 425, tetapi pasaran tempatan hanya tersedia dengan versi Snapdragon 430 Snapdragon 425 Quad-core 1.4GHz dengan sokongan 3GB RAM dan 32GB ROM.
Paparan skrin 5.5 inci IPS HD didatangkan bersama berat 181g, ketebalan 8.9mm tidak berasa tebal sangat kerana rekaan 2.5D curved glass tambahan bahan matt logam pada panel belakang agak selesa semasa dipegang.
Kerangka badan yang menggunakan logam sepenuhnya turut dimuatkan dengan dwi-lensa kamera utama 16 Megapiksel dan 5 Megapiksel, diikuti kamera depan 16 Megapiksel dengan bantuan Softlight flash. ASUS ZenFone 4 Max Pro menggunakan triple SIM slot, Android 7.0 Nougat dengan ZenUI 4.0 ZenUI 3.0, mempunyai 3 pilihan warna iaitu Deepsea Black, Sunlight Gold dan Rose Pink.

Membeli peranti pintar selain mengutamakan spesifikasi, harga jualan juga mempengaruhi seseorang daripada membuat keputusan. Kali ini ASUS amat “bertimbang rasa” dengan menawarkan ZenFone 4 Max Pro pada harga mampu milik, iaitu RM1,099.
Fuiyoh…boleh tahan la…

