[EKSKLUSIF PREVIEW] ASUS ZenFone 4 Selfie (ZD553KL) & ZenFone 4 Selfie Pro (ZD552KL) – Peranti Selfie Terbaru! Lebih Berkuasa! Lebih Memuaskan!

(Kiri) ASUS ZenFone 4 Selfie (Kanan) ASUS ZenFone 4 Selfie Pro

Setelah munculnya ASUS ZenFone Selfie dengan kamera depan 13 Megapiksel yang dilancarkan pada tahun 2015 yang lalu, kini tiba masanya peranti peningkatan dengan kemampuan selfie yang lebih hebat diperkenalkan. Siri selfie terbaru tahun 2017 memperkenalkan ZenFone 4 Selfie (ZD553KL) dan ZenFone 4 Selfie Pro (ZD552KL), malah siri ini juga dijadikan highlight untuk pasaran tempatan kali ini.

(Kiri) ASUS ZenFone 4 Selfie (Kanan) ASUS ZenFone 4 Selfie Pro

Apa perbezaan ketara di antara Pro dan bukan Pro? Pertama, dinamakan dalam siri Selfie, penggambaran swafoto tentunya menjadi ciri utama mereka. Untuk ZenFone Selfie, kamera depan dibekalkan 20 Megapiksel, manakala versi Pro lebih hebat dengan 24 Megapiksel DuoPixel (2x 12MP). Untuk kamera utama pula, kedua-duanya turut disediakan 16 Megapiksel masing-masing menggunakan sensor Omnivision 16880 dan Sony IMX351.

Rakaman video 4K bukan sekadar kamera utama mampu, kini kamera swafoto juga mampu.

Selain itu, sokongan PixelMaster 4.0 dengan pelbagai mod penggambaran seperti HDR Pro, Beauty, Super Resolution, SelfieMaster, BeautyLive, Collage dan banyak lagi menjadikan hasil gambar lebih cantik seperti bintang superstar.

(Kiri) ASUS ZenFone 4 Selfie (Kanan) ASUS ZenFone 4 Selfie Pro

Ciri luaran pula, kerangka premium unibodi jenis logam pada ZenFone 4 Selfie Pro amat memukau bagi sesiapa sahaja yang memegang, dengan berat 147g dan ketebalan hanya 6.85mm. Sementara ZenFone 4 Selfie agak tebal sedikit iaitu 7.85mm berbanding versi Pro, namun beratnya lebih ringan hanya 144g sahaja.

(Depan) ASUS ZenFone 4 Selfie Pro (Belakang) ASUS ZenFone 4 Selfie

Kedua-dua model ini menampilkan paparan skrin 5.5 inci, versi Pro dilengkapi dengan AMOLED HD Penuh manakala yang satu ini hanya IPS HD LCD. Kapasiti bateri adalah sama iaitu 3000mAh dengan sokongan pengecasan pantas pada versi Pro. Harga jualan untuk ZenFone 4 Selfie adalah RM1,299, dan ZenFone 4 Selfie Pro adalah RM1,799.

(Kiri) ASUS ZenFone 4 Selfie Pro (Kanan) ASUS ZenFone 4 Selfie
Spesifikasi ASUS ZenFone 4 Selfie (ZD553KL)
  • Qualcomm Snapdragon 430 Octa-core (8x ARM Cortex A53)
  • Adreno 505
  • 64GB ROM / 4GB RAM
  • Android 7.0 Nougat / ZenUI 4.0
  • 155.66×76.2×7.85mm / 144g
  • Triple SIM slot: Nano SIM (slot 1) / Nano SIM (slot 2) / microSD sehingga 2TB (slot 3)
  • Kamera Depan: 20MP Omnivision 20880 / 1.0µm saiz piksel / aperture f/2.0 / PixelMaster 4.0 / Softlight LED flash / Instant Cameras Switching / ASUS SelfieMaster / lensa sudut lebar 120°
  • Kamera Utama: 16MP Omnivision 16880 / 1.0µm saiz piksel / aperture f/2.0
  • 3000mAh (Non-removable)
  • Fingerprint 0.3s
  • Warna: Rose Pink/Mint Green/Sunlight Gold/Deepsea Black

 

Spesifikasi ASUS ZenFone 4 Selfie Pro (ZD552KL)
  • Qualcomm Snapdragon 625 Octa-core 2.0GHz
  • Adreno 506
  • 64GB ROM / 4GB RAM
  • Android 7.0 Nougat / ZenUI 4.0
  • 154.02×74.83×6.85mm / 147g
  • Dual SIM slot: Nano SIM (slot 1) / Nano SIM / microSD sehingga 2TB (slot 2)
  • Kamera Depan: 24MP DuoPixel Sony IMX362 / 1.4µm saiz piksel / aperture f/1.8 / PixelMaster 4.0 / lensa sudut lebar 120° / ASUS SuperPixel Engine / ASUS SelfieMaster / Instant Cameras Switching / 4K Video Selfie / Softlight LED Flash
  • Kamera Utama: 16MP Sony IMX351 / 1.0µm saiz piksel / aperture f/2.2 / LED real tone flash / PDAF
  • 3000mAh (Non-removable) / Pengecasan pantas
  • Fingerprint 0.3s
  • Warna: Sunlight Gold/Deepsea Black/Rogue Red

 

~Banyak lagi ciri-ciri menarik yang sedia ada pada siri Selfie ini, kami akan membuat reviu penuh tidak lama lagi~

You might also like