

Monster ClarifyHD dan iSport sangat memikat hati anda? So, yang satu ini lagi best! Produk yang diberi nama SuperStar BackFloat ini selain senang dibawa ke mana-mana sahaja dengan saiz yang kompak dan ringan, apa keistimewaan padanya?
Water Proof! Ya, kebolehan kalis air dan kalis hentakan menjadikan ia sebuah speaker tahan lasak yang anda patut diberi perhatian. Bunyi bass yang lebih mendalam, kekuatan bunyi yang maksimum dengan speaker berkembar menjadikan masa hiburan mencecah sehingga tujuh jam.
Superstar™ Backfloat™ didatangkan dengan warna emas, kelabu, hitam dan juga putih dengan harga RM899.
Monster® Firecracker™
Selain itu, golongan ‘kaki hiking’ perlu mendapatkan Monster Firecracker yang disertakan dengan pelbagai skin warna seperti hijau camo, merah, emas dan hitam. Warna bukan menjadi perkara utama tetapi speaker ini disediakan lampu suluh dengan keterangan 500 Lumens yang mampu bertahan sehingga tujuh jam lamanya.
Kebolehan lain yang dimasukkan ke dalam badan Firecracker™ ialah NFC dengan ketahanan bateri untuk hiburan selama lebih 25 jam. Berat sebanyak 460g ini dilengkapi dengan kalis percikan air (IPX-5), harga yang disyorkan pula adalah RM599.
Ada satu lagi model yang lebih ringkas dan kecil, diberi nama Superstar HotShot dengan sokongan sambungan Bluetooth dan juga masa hiburan sehingga 5 jam. Speaker comel ini dijual pada harga RM299.
Monster SuperStar™ Blaster™
Akhir sekali, speaker yang paling besar dalam keluaran Monster ini sangat sesuai bagi mereka yang mengadakan sambutan hari jadi ataupun majlis keramaian kerana bunyi yang dihasilkan ala-ala berada di konsert nyanyian.

SuperStar Blaster ini direka dengan bentuk ‘V’ untuk memberi bunyi yang meluas di kawasan yang terbuka. Fungsi Powerbass yang diberi membuatkan hati bagai nak gugur apabila mendengar muzik EDM.
Anda boleh menukar mod indoor ataupun outdoor mengikut keadaan sekeliling, malah ia juga kalis air dan percikan. Sambungan NFC yang memudahkan penyambungan antara telefon pintar boleh memainkan muzik selama lebih 12 jam. Harga dijual pada harga RM2,699 dalam pilihan warna hitam dan kelabu.
Anda boleh beli produk Monster di Monster Dealers Network.