Waze Kini Boleh Guna Suara Sendiri Untuk Arahan Navigasi

Jika anda rasa suara dari dalam aplikasi Waze ini agak menjengkelkan, kini anda boleh menetapkannya arahan navigasi daripada suara anda sendiri. Dengar seperti kelakar tetapi lebih baik daripada suara asal yang kadang-kadang anda sendiri pun tidak faham sebutannya. Ciri ini sudah bertemu pengguna di dalam kemaskini terbaru Waze.

Pengguna boleh membuat tetapan dengan hanya menekan Settings/Sound & Voice, selepas itu pengguna boleh merakam seberapa banyak suara yang pengguna inginkan. Jika suara yang dimasukkan tidak dirakam, Waze secara automatik akan memainkan suara yang ‘standard’. Buat masa sekarang, Waze hanya memainkan suara pengguna itu sendiri, pada masa akan datang penggguna Waze boleh berkongsi suara antara pengguna-pengguna yang lain.

Kebolehan ini akan menjadikan penggunaan Waze bertambah baik, lebih menyeronokkan dan tidak akan berasa bosan ataupun keliru. Sementara waktu ini, fungsi rakaman suara hanya boleh digunakan secara meluas di peranti Android, untuk peranti iOS akan datang tidak lama lagi.

You might also like