ASUS ZenFone Live (ZB501KL) Dijual Dengan Harga RM649– Memberi Keyakinan Di Media Sosial

ASUS ZenFone Live (ZB501KL) ini yang pertama di dunia menggunakan teknologi kecantikan masa-sebenar semasa live dilakukan. Ini memberikan anda keyakinan untuk memuat naik video sendiri di laman sosial seperti Live Facebook, Live Instgram mahupun Live Youtube. Rupa anda diolah supaya kelihatan lebih anggun dan menawan.

Dengan saiz piksel 1.4µ dibantu oleh lampu swafoto LED flash, membolehkan gambar yang ditangkap lebih jelas dan terperinci. ZenFone Live mempunyai dua mikrofon untuk mengasingkan bunyi belakang tabir yang bising dan meningkatkan lagi suara anda.

Ia turut dilengkapi dengan lima magnet speaker dan smart amp untuk kuasa bunyi yang lebih gitu. Panel hadapan pula hadir dengan skrin lengkung 2.5 darjah.

Fungsi Beautification:-

  • Saiz piksel 1.4µm yang besar = 2x sensiviti cahaya
  • Lensa sudut lebar dengan 82 peratus pemandangan
  • Soft light LED flash = swafoto terang dan menerangkan warna kulit asal
  • Dua MEMS mikrofon = menghasilkan bunyi sekeliling yang sebenar dan menapis bunyi bising di belakang tabir
  • Lima magnet speaker dengan smart amplifier serta ice power tuning

ASUS ZenFone Live (ZB501KL) boleh didapati dengan warna Navy Black, Shimmer Gold dan Rose Pink pada harga RM649.

You might also like