
Sah! Pertandingan eSports yang ditunggu-tunggu Liga Predator Asia Pasifik 2020 bakal diadakan pada 22 – 23 Februari 2020, SM Mall of Asia Arena, Pasay City, Manila. Para peserta dari 17 buah negara akan bersaing untuk merebut hadiah keseluruhan berjumlah USD 400,000.
Malaysia adalah salah satu negara yang mengambil bahagian dalam liga ini dan pendaftaran untuk perbandingan telah dibuka, anda yang berminat boleh mendaftar di SINI. Hadiah keseluruhan berjumlah RM100,000 untuk pusingan di Malaysia sedang menanti anda!

Pusingan Akhir Malaysia DOTA 2 diadakan di Level Up KL, KLCC pada 9 & 10 November, manakala Pusingan Akhir PUBG berlangsung pada 7 & 8 Disember di Battle Arena, Jaya Shopping Centre bagi menentukan siapakah yang akan mewakili Malaysia dalam Liga Predator Asia Pasifik 2020.

Pecahan hadiah keseluruhan adalah wang tunai sebanyak RM50,000 untuk DOTA2 dan RM24,000 bagi PUBG, selain hadiah-hadiah lain bernilai RM26,000. Juara dari Malaysia juga akan pergi ke Manila pada Februari 2020 untuk bertarung dalam kejohanan tersebut.
BACA JUGA:

