ASUS Zenpad 3S 10, Tablet Terbaik Di Pasaran Masa Kini!

s11Pada pameran IFA 2016, ASUS yang mengambil bahagian telah mengumumkan tablet terbarunya, dikenali sebagai ZenPad 3S 10. Ia merupakan salah satu tablet terbaik di pasaran hari ini.

s13Hadir dengan paparan skrin berukuran 9.7 inci beresolusi 2048×1536 piksel, peranti ini dikuasakan oleh pemproses MediaTek 8176 berkelajuan Dual Core 2.1GHz dan Quad Core 1.7GHz serta dilengkapi memori dalaman sebesar 64GB dengan 4GB RAM.

s03Berbeza dengan tablet yang ada di pasaran hari ini, ZenPad 3S 10 pastinya digemari oleh golongan audiophile kerana tablet ini memfokuskan kepada sokongan audio. Ia menyokong teknologi NXP Smart Amplifier, selain sokongan audio sehingga 7.1 Surround Sound. ASUS memberitahu, pengguna mendengar audio berkualiti tinggi melalui tablet ini sehingga audio 192kHZ, 24-bit.

s10Tidak ketinggalan, ZenPad 3S 10 menyokong pengimbas cap jari 360 darjah serta bateri sebesar 5900mAh hadir dengan sokongan pengecasan pantas Quick Charge 3.0. Lebih menarik lagi, tablet ini telah didatangkan dengan pen stylus yang diberi nama Z Stylus yang mampu bertahan selama 150 jam. Sepertimana model ZenPad sebelum ini, ASUS ZenPad 3S 10 menyokong Folio Cover yang dapat melindungi tablet anda.

 

 

You might also like