ASUS ZenWatch 3, Menampilkan Rekaan Lebih Elegan

 

img-rosegoldSelain tablet ASUS Zenpad 3S 10, ASUS juga mempamerkan sebuah jam tangan pintar iaitu ZenWatch 3. Rekaan ZenWatch 3 ini sesuai untuk golongan lelaki mahupun wanita. Hadir dengan paparan skrin berbentuk bulat dengan saiz 1.39 inci, ia menyokong resolusi 400×400 piksel (287 ppi). Sepertimana model sebelum ini, ZenWatch 3 telah dioperasikan oleh OS Android Wear yang boleh dipadankan dengan smartphone Android dan juga iOS.

Asus-ZenWatch-3-04Dikuasakan bersama Snapdragon Wear 2100, jam tangan pintar ini telah diserikan oleh memori dalaman sebesar 4GB serta RAM 512MB. Lebih menarik lagi, bateri berkapasiti 340mAh turut menyokong pengecasan pantas, di mana anda boleh mengecas jam tangan pintar ini sehingga 60% dalam masa 15 minit sahaja. Jam tangan pintar ini tidak ketinggalan menawarkan fungsi kecergasan seperti berjalan, berlari, berbasikal dan pelbagai lagi.

Asus-ZenWatch-3-02ASUS ZenWatch 3 akan dijual dengan harga € 229 (kira-kira RM 1,044)

You might also like