
CES 2017: Perkakasan Elektronik LG Untuk Rumah Pintar
Lagi berita berkenaan peranti dengan pembantu kecerdasan buatan yang membolehkan anda menggunakan arahan suara untuk meminta peranti memainkan muzik, menetapkan peringatan, mencari maklumat dan pelbagai lagi.
Peti sejuk LG Smart InstaView juga mempunyai skrin sentuh 29 inci yang boleh memberitahu anda isi peti sejuk ini dan memberi amaran jika ada produk yang sudah menghampiri tarikh tamat tempoh. Peti sejuk dengan teknologi ini bukanlah sesuatu yang baru, Samsung juga telah mengumumkan peti sejuk dengan teknologi ini di CES, tetapi apa yang membezakan peti sejuk dari kedua-dua jenama ini adalah LG Smart InstaView mempunyai sokongan kecerdasan buatan Alexa di dalamnya.
Peti sejuk LG membolehkan pengguna untuk melihat pemandangan di dalam peti sejuk melalui kamera panorama dibina di bahagian dalamnya. Fungsi ini membolehkan pemilik memutuskan apakah yang perlu dibeli walaupun tidak mempunyai akses terus inventori peti sejuk ketika berada di luar. Teknologi Alexa juga membolehkan peti sejuk ini mengingatkan pemilik berkenaan hari lahir dan ulang tahun rakan-rakan dan ahli keluarga.



