HP Melindungi Anda Daripada Kartrij Cetak Tiruan Menerusi Program Membasmi Peniruan & Penipuan

Pengeluaran dan penjualan produk tiruan diramalkan berkembang menjadi industri bernilai USD1.82 trilion di seluruh dunia menjelang 2020. Program Membasmi Peniruan dan Penipuan (ACF) HP adalah sebahagian daripada usaha HP untuk melindung rakan niaga, pelanggan dan pihak berkuasa tempatan daripada barangan palsu dan tiruan.

Menerusi inisiatif ini, HP berhasrat untuk meningkatkan kesedaran tentang risiko produk tiruan dan mendidik pelanggan tentang cara mengenalpasti, melaporkan dan mencegah penyebaran kartrij cetak tiruan. Matlamatnya ialah memperkasakan semua pelanggan untuk membuat pembelian secara maklum.

Apakah Risiko Menggunakan Produk Tiruan?

  • Cetakan bermutu rendah
  • Kerosakan mesin cetak dan kos tambahan membaiki kerosakan
  • Kerosakan tidak dilindungi waranti perkakasan
  • Membazir wang menggantikan kartrij tiruan
  • Menyokong organisasi jenayah tanpa menyedari

Mengapa Harus Menggunakan Bekalan Original HP?

  • Jimat masa dan wang dengan elakkan kos tersembunyi katrij bukan HP
  • Kartrij HP original tawarkan nilai keseluruhan terbaik
  • Tahap kebolehpercayaan tiada tandingan untuk menjamin kualiti cetak konsisten dan prestasi cemerlang
  • Komitmen kepada kelestarian – direka dengan ciri-ciri mesra alam

Apa Yang Boleh Anda Lakukan Untuk Menentang Produk Tiruan?

  • Sahkan menerusi peranti mudah alih anda – imbas kod QR untuk sahkan HP tulen
  • Sahkan label tera keselamatan – condongkan lebel keselamatan untuk lihat imej holograf
  • Sahkan dalam talian – layari hp.com/go/ok dan taip nombor bersiri produk

Untuk sebarang maklumat rasmi atau melaporkan produk tiruan, boleh layari laman rasmi HP.

 

You might also like