Qualcomm Snapdragon 835, Cip Generasi Baru Untuk Fotografi & VR

3d illustration of a glowing blue Qualcomm logo sitting on top of a glossy microchip

Qualcomm memberikan pembayang bahawa cip pemproses Snapdragon 835 akan menjadi sesuatu yang istimewa, dan mereka sudah pun bersedia untuk memperkenalkannya kepada dunia pada acara CES 2017 ini.

Dari segi aplikasi VR, cip ini menawarkan prestasi yang jauh lebih baik dari generasi sebelum ini. Bersama-sama pemproses grafik Adreno 540, visual dan audio lebih selari dan tiada masalah latency akan dihadapi oleh pengguna ketika berada di dalam mod VR. Tambah baik ini sekali gus meminimakan kesan mabuk akibat penggunaan VR.

Penggemar fotografi juga pasti akan gembira dengan apa yang ditawarkan cip ini. Penstabilan imej dan zoom juga telah ditambah baik dengan cip ini. Snapdragon 835 menyokong kedua-dua fotodiod dual dalam kamera dan menambah baik sistem autofokus hibrid.

Tambah baik terbaik pula dapat dilihat dari segi prestasi bateri. Fizikal cip yang lebih kecil menarik lebih kecil kuasa, penjimatan sehingga 40% dari cip sebelum ini. Selain itu, dengan pengenalan Quick Charge 4, peranti yang dilengkapi cip ini akan menjadi lebih efektif di dalam pengurusan kuasa.

Snapdragon 835 dijangkakan akan menjadi cip utama bagi peranti flagship untuk penggal pertama tahun 2017. Menurut ura-ura, Samsung Galaxy S8 mungkin menjadi peranti pertama yang dilengkapi cip ini.

You might also like