
Aplikasi Screens, Memudahkan Anda Melancarkan Aplikasi Dalam Mod Split Screen
Android telah melancarkan sokongan split screen bagi memudahkan anda melakukan kerja di dalam sistem operasi Android 7.0 Nougat. Namun bagi mereka yang tidak biasa atau mahir dalam navigasi UI, mengaktifkan paparan split screen mungkin akan menjadi satu tugas yang leceh bagi mereka kerana perlu melalui beberapa proses.
Memperkenalkan aplikasi Screens – Multi Window Manager, yang memberikan pintasan untuk anda melancarkan dua aplikasi dengan mod split screen, tanpa perlu melancarkannya melalui proses-proses tertentu. Namun harus anda ketahui bahawa sesetengah aplikasi tidak atau masih belum menyokong mod split screen, jadi anda hanya boleh melancarkan aplikasi yang menyokong split screen melalui aplikasi Screens. Selain itu, anda juga memerlukan Android 7.0 atau lebih tinggi untuk menggunakannya.




