
Pihak Samsung Malaysia telah menghantar jemputan untuk kami sempena pelancaran siri Galaxy A 2017 pada 5 Januari 2017 nanti. Pasti ramai yang akan tertanya-tanya apakah peningkatan pada siri A 2017 ini?
Siri baru ini hadir dengan tiga model iaitu Galaxy A3 (2017) berskrin 4.7 inci, Galaxy A5 (2017) berskrin 5.2 inci dan Galaxy A7 (2017) berskrin 5.7 inci. Ketiga-tiga mode ini bakal hadir dengan rekaan kalis air. Spesifikasi lain termasuk kamera 16 Megapiksel, bateri 3600mAh, 3GB RAM dan 32GB ROM pada Galaxy A7 (2017); manakala Galaxy A5 (2017) hadir dengan bateri berkapasiti 3000mAh dengan sokongan pengecasan pantas. Akhir sekali bagi Galaxy A3 (2017), ia sokong Octa-core 1.6GHz, 2GB RAM dan 16GB ROM, kamera 13 Megapiksel.
Apa-apa maklumat selanjutnya, ikuti berita daripada kami ya~