
Setiap pengguna Twitter harus memahami dan dapat mengawal data mereka sepenuhnya, cara data tersebut digunakan, dan bila data itu akan dikongsi. Ini adalah tugas kami untuk mewujudkannya. Sejak dasar privasi dan syarat perkhidmatan kemaskini yang terakhir, Twitter memikirkan pelbagai cara untuk menjadikan dasar privasi kami semudah yang boleh dan dapat difahami sebaik mungkin, serta mendapatkan maklum balas untuk penambahbaikan dari komuniti.

Twitter telah melancarkan tiga aspek penting yang kami berharap akan menjadikan dasar privasi Twitter lebih mudah terkait serta menggalakkan pengguna di seluruh negara untuk bertanggungjawab terhadap maklumat peribadi mereka pada perkhidmatan kami. Ianya termasuk:
● Dasar privasi dan tapak privasi kami yang direka semula: ditulis semula dengan bahasa yang lebih mudah difahami.
● Twitter Data Dash: permainan video privasi baharu untuk mengajar pengguna tentang dasar privasi kami dalam format yang menyeronokkan dan menarik.
● Penyelidikan Twitter terhadap ikon privasi: untuk tetapan dan kawalan privasi yang boleh dikenali di Twitter dan di seluruh dunia
Twitter juga telah menulis semula dasar privasi untuk menjadikannya lebih mudah digunapakai dengan mengutamakan bahasa yang jelas dan mengelakkan penggunaan jargon undang-undang. Mulai hari ini, anda boleh melihat kemaskini pada dasar privasi dan syarat perkhidmatan kami di aplikasi anda melalui tetapan dan pada tapak dasar privasi Twitter yang direka
bentuk semula.
Perubahan termasuk:
● Nada yang ditulis semula kepada dasar privasi Twitter dengan bahasa yang kurang “legal” dan lebih mudah difahami.
● Organisasi baharu dasar privasi kami terbahagi kepada tiga bahagian utama: pengumpulan, penggunaan dan perkongsian data.
● Skop rujukan yang diperluaskan kepada kandungan lebih daripada sekadar Tweet yang menyumbang kepada penggunaan media yang semakin banyak di Twitter.
● Penjelasan yang lebih terang tentang cara kami memperibadikan pengalaman di Twitter dan iklan yang anda lihat.