
Bermula 6 April hingga 9 April 2018, mereka yang berminat untuk mendapatkan peranti vivo Y71 boleh mendapatkannya di gedung atas talian Shopee pada harga RM799. Pra-tempah ini juga menawarkan pilihan warna hitam dan emas.

Vivo Y71 sebuah peranti pertengahan-bawah menampilkan rekaan moden bersama paparan 18:9 FullView beresolusi HD+ (1440 x 720). Peranti ini dibekalkan memori 3GB dan storan dalaman sebesar 16GB bersama cip pemproses Snapdragon 425. Lensa kamera pula adalah 13 Megapiksel untuk bahagian belakang dan 5 Megapiksel untuk bahagian depan.
Jaminan skrin selama satu (1) tahun, kad mikroSD 32GB, dan fon kepala tanpa wayar akan diberikan kepada pelanggan yang membuat pembelian vivo Y71 menerusi Shopee.
Jika berminat, anda boleh membelinya dengan menekan klik di pautan ini.

