Acer Malaysia Raih Anugerah The BrandLaureate Untuk Dua Tahun Berturut-Turut

Acer Malaysia menerima Anugerah Jenama Paling Digemari Dalam IT 2018 – 2019 untuk tahun kedua berturut-turut pada majlis The BrandLaureate BestBrands Award. Pengiktirafan buat kali kedua ini adalah atas usaha keras Acer dalam pembinaan jenama sepanjang tahun.

Acer sentiasa mencari peluang dan saluran yang betul bagi memberikan perkhidmatan serta produk terbaik buat pengguna. Acer berjaya menduduki tangga pertama dan kedua bagi segmen komputer riba dan desktop di 24 buah negara. Selain itu, Acer juga berjaya meraih tangga teratas dalam jumlah komputer riba dan desktop permainan di Malaysia pada suku pertama 2019.

The BrandLaureate BestBrands Award kali ini bertemakan ‘To Be Heard’ dan dikendalikan oleh Asia Pacific Brand Foundation (APBF) – bagi meraikan jenama yang mengalami peningkatan ketara serta memberi penghargaan sebagai pemangkin dalam pembinaan jenama.

You might also like