
Desktop Hebat Dari Apple Sedang Dalam Pembikinan, Tim Cook
Kebelakangan ini komitmen Apple dalam penghasilan dekstop berkuasa tinggi dipertikaikan oleh pengguna kerana Apple tidak mengumumkan sebarang berita berkenaan komputer Mac.
Sebagai respon kepada kegusaran tersebut, Tim Cook mengeluarkan kenyataan bahawa pengguna tidak perlu risau akan komitmen syarikat tersebut terhadap pasaran desktop kerana mereka mempunyai pelan yang kukuh dan peranti komputer yang hebat untuk diperkenalkan pada masa hadapan.
Desktop iMac terkini masih lagi hebat dan relevan untuk melakukan kerja profesional dengan kemampuan grafik dan pemproses yang masih mampu bertahan buat beberapa tahun, ditambah pula dengan kemampuan skrin Retina 5K. Jadi pengguna boleh menantikan sebuah komputer yang bakal ditambah baik dari pelbagai segi pada masa hadapan.

