Samsung Notebook 9 Versi Terbaru Diperlihatkan

1768
- Iklan -

1Samsung tidak menunggu acara CES 2017 untuk mempamerkan komputer riba terbaru mereka, Notebook 9 versi kemas kini.

Notebook 9 dikemaskinikan dengan reka bentuk yang lebih melengkung, model terbaru dengan paparan 13 inci dan 15 inci ini juga mempamerkan rangka badan yang lebih baik dan ringan berbanding dengan model terdahulu. Versi 13 inci mempunyai berat 0.82 kg manakala model 15 inci mempunyai berat 0.91 kg.

2 3

Samsung Notebook 9 juga dilengkapi dengan papan kekunci backlit, dua USB 3.0 port, 1 USB Type-C port, sambungan HDMI dan microSD dengan tujuh jam hayat bateri. Paparan skrinnya pula boleh ditetapkan sehingga 180°, memudahkan anda untuk berkongsi persembahan dengan rakan sekerja, atau gambar dengan kawan-kawan anda dan keluarga.

Notebook 9 dikuasakan oleh pemproses Kaby Lake, generasi chipset terbaru daripada Intel, dengan Core i5 untuk peranti 13 inci manakala model 15 inci pula dilengkapi dengan Core i7. Komputer riba ini juga hadir dengan teknologi terbaru, Windows Hello OS dengan pengimbas cap jari untuk keselamatan yang lebih baik.