Samsung Kongsi Cara Mengenal Pasti Galaxy Note7 Model Baru & Lama!

1Selepas Samsung tarik balik kesemua pra-tempahan Galaxy Note7 di seluruh dunia akibat masalah yang berpunca daripada bateri, dan Malaysia turut tersenarai di mana program penukaran akan bermula pada 29 September 2016 ini.

Terkini, Samsung berkongsi bagaimana ingin mengenal pasti sama ada peranti Galaxy Note7 yang diterima model baru ataupun lama! Samsung telah menyenaraikan cara-cara yang boleh dilihat apabila mendapat unit terbaru.

  • Pertama, pada kotak pembungkusan Galaxy Note7 baru terdapat simbol kotak yang berwarna hitam.Gambar 1
  • Kedua, apabila Galaxy Note7 di ON, ia akan memaparkan bentuk ikon bateri berwarna hijau berbanding warna putih (kelabu) sebelum ini. Pengguna boleh memeriksa ikon bateri di beberapa bahagian:
    - Pertama, di bahagian status bar yang terletak di atas skrin.
    - Kedua, di paparan skrin ‘Always-On’. 
    - Ketiga, di menu ON/OFF, apabila butang Power ditekan selama 
      beberapa saat.

Gambar 2, Gambar 3 & Gambar 4Kepada semua pemilik Samsung Galaxy Note7 terutamanya di Malaysia, anda diminta untuk menukarkan unit sedia ada kepada model Galaxy Note7 terbaru. Walaupun peranti anda kelihatan tidak bermasalah, tetapi ia sebagai langkah terbaik untuk mengelakkan dari kejadian tidak diingini berlaku.

Untuk maklumat lanjut mengenai program penggantian Galaxy Note7 Malaysia, anda boleh layari Galaxy Note7 Exchange Program atau hubungi Samsung Malaysia Careline di talian 1800-88-7799.

You might also like