HMD Akan Menyediakan Kemas Kini Android P Untuk Semua Perantinya


Sekitar penghujung tahun ini, semua peranti Android Nokia akan menerima kemas kini Android 8.0 Oreo. Pengumuman ini sudah disahkan beberapa bulan lalu oleh HMD Global sendiri. Bagaimanapun, baru-baru ini di majlis pelancaran Nokia di Filipina, HMD sekali lagi mengumumkan bahawa semua barisan telefon pintar Nokia tidak lama lagi akan menyokong kemas kini Android P – Android Pancake.

Android P yang merupakan versi selepas Android Oreo dijangka akan diperkenalkan pada bulan September tahun hadapan. HMD nampaknya begitu komited dalam memberi kemas kini terhadap produk-produknya. Peranti yang disebutkan ialah Nokia 3, Nokia 5, Nokia 6, dan juga Nokia 8. Buat masa ini, tiada apa-apa perkembangan mengenai Android P termasuklah ciri-ciri yang ditawarkan kelak.

(kiri) Nokia 5 dan Nokia 3

Walaubagaimanapun, perlu diingatkan Nokia 5 dan Nokia 3 berada didalam kelompok kelas pertengahan-bawah. Ia juga berkemungkinan tidak dapat menyokong ciri-ciri pintar yang ditawakan pada Android P akan datang. Di samping, HMD juga sedang memasang strategi bagi memasarkan produknya untuk menarik pembeli di luar sana.

Baca juga : Nokia 8 Kini Rasmi Di Malaysia Dengan Tanda Harga RM2,299

You might also like