

11street hari ini mengumumkan pelancaran kempen ‘Shop The World‘ yang menyediakan jutaan produk berjenama antarabangsa, khususnya dari negara-negara seperti China, Jepun, Korea, Taiwan dan Amerika Syarikat (AS) kepada pasaran tempatan. Kempen ini akan berlangsung dari 11 Mac hingga 18 April 2017.
Kempen ‘Shop The World’ bertujuan memenuhi permintaan pengguna untuk mempelbagaikan lagi produk dan jenama-jenama global terkenal bersama promosi dan tawaran menarik. Kempen tersebut akan memperlihatkan sinergi antara 11street dengan tiga e-dagang global terkemuka, iaitu 11street Korea, UiTOX dari Taiwan dan WorldFront dari Australia yang akan membawakan pilihan meluas produk-produk luar negara yang popular.
Bermula 11 Mac ini, kempen ‘Shop The World’ akan menawarkan diskaun sehingga 99% terhadap produk-produk antarabangsa dan jenama global, di samping penghantaran seberang laut secara percuma untuk item-item terpilih.
Selain itu sebagai bonus untuk menggalakkan pelanggan membeli-belah secara online, 11street juga menyediakan baucar petrol berjumlah RM1 juta kepada para pelanggan yang membeli barangan yang terdapat dalam senarai kempen. Bagi setiap pembelian bernilai RM100 yang didaftarkan di bawah kempen ini akan menerima baucar petrol bernilai RM10.


