
Kami pasti ramai pembaca eRing yang gemar menonton video daripada YouTube dan dalam masa yang sama ingin memuat turun video tersebut kan? Tidak dinafikan, memang banyak aplikasi yang boleh dimuat turun dari Play Store sama ada secara percuma mahupun berbayar, tetapi ia memerlukan data yang besar untuk memuat turun video daripada YouTube.
Kini, kehadiran aplikasi ArkTube pastinya mampu menjadi penyelesaian buat anda. Apa yang menariknya ArkTube ini, anda boleh terus memuat turun video daripada smartphone Android sahaja. Memandangkan aplikasi ini tidak terdapat pada Play Store, anda perlu memuat turun aplikasi ini dalam format .apk. Ingin mengetahui bagaimana langkah-langkahnya, teruskan membaca.
Langkah-langkah yang perlu anda ikuti:
Langkah 01: Muat Turun Aplikasi ArkTube
- Anda perlu memuat turun aplikasi ArkTube pada komputer terlebih dahulu sebelum memindahkannya ke smartphone.
- Selepas memilih ‘arkTube APK’, scroll ke bawah dan memilih versi yang paling terkini.
- Fail telah sedia untuk muat turun.
**Sehingga artikel ini ditulis, versi paling terkini adalah 5.2.1.
Langkah 02: Pindahkan Ke Smartphone
Apabila selesai memindahkan aplikasi ArkTube pada smartphone, anda perlu memasangnya pada smartphone terlebih dahulu.
EKSTRA INFO!!
Jangan lupa untuk akses ‘Unknown sources’ pada smartphone apabila diperlukan.
Langkah 03: Muat Turun Video / Audio
Apa yang menariknya aplikasi ini, anda bukan sahaja boleh memuat turun video beresolusi sehingga 4K, malah juga boleh memuat turun audio sahaja.
- Cara memuat turun video juga mudah, hanya buka aplikasi YouTube dan cari video yang diinginkan.
- Jika anda ingin memuat turun video / audio tersebut, hanya perlu tekan ikon ‘Share’.
- Kemudian pilih sama ada ingin memuat turun video mahupun audio sahaja.
![]()
- Bagi mengetahui sama ada muat turun berjaya ataupun tidak, terdapat notifikasi apabila meleretkan jari pada paparan skrin.
- Namun, untuk memuat turun audio dan video beresolusi HD, pengguna perlu ‘Donation Package’ terlebih dahulu yang mana harus membayar sebanyak RM6.99.
Langkah 04: Muat Turun Aplikasi ES File Explorer Manager

Sebelum menonton video yang telah memuat turun, anda juga perlu memuat turun aplikasi ES File Explorer Manager pada Play Store terlebih dahulu. Aplikasi ini ditawarkan secara percuma.
Langkah 05: Tonton Video
Setelah selesai muat turun, anda boleh mencari semula video tersebut untuk ditonton menerusi aplikasi ES File Explorer Manager yang telah berjaya dimuat turun tadi, seterusnya sedia untuk menonton.
Rumusan
Pada pandangan kami, aplikasi ArkTube ini masih berbaloi untuk dimiliki kerana proses muat turun video juga mudah dan pantas. Selain tidak memerlukan data yang besar untuk memuat turun video beresolusi 480p, kini anda juga boleh memuat turun video dari YouTube di mana sahaja berada. Namun begitu, jika ingin memuat turun audio serta video HD dan juga 4K, anda perlu membayar sebanyak RM6.99 untuk ‘Donation Package’.




