Fitbit Perkenal Alta HR, Gelang Tangan Kecergasan Paling Nipis Di Dunia

Fitbit, jenama besar di dalam pasaran peranti kesihatan dan aktiviti baru sahaja memperkenalkan Fitbit Alta HR dan teknologi baru di dalam penjejakan data tidur.

FitBit Alta HR

Fitbit Alta HR adalah alat penjejak kadar degupan jantung yang sentiasa aktif di dalam bentuk gelang tangan yang paling nipis di dunia. Ia menggabungkan manfaat teknologi kadar degupan jantung PurePulse, pengecaman senaman automatik, penjejakan tidur dan notifikasi pintar dalam rekaan nipis dan versatil yang mudah disesuaikan mengikut gaya anda.

Fitbit membawakan PurePulse, ciri yang diminta oleh kebanyakan pengguna Fitbit Alta, dengan menghasilkan sejenis cip unik yang mengurangkan saiz dan jumlah komponen yang diperlukan, membolehkan rekaan menjadi 25% lebih nipis daripada Fitbit Charge 2. Hasilnya adalah satu alat yang menawarkan penjejakan kadar degupan jantung berterusan, sepanjang hari, lantas memudahkan anda membuat keputusan yang lebih bijak mengenai kesihatan anda.

 

 

Sleep Stages & Insights

Sleep Stages menggunakan kepelbagaian kadar degupan jantung untuk menganggar jumlah waktu tidur ringan, nyenyak dan REM, serta waktu berjaga setiap malam untuk lebih memahami kualiti tidur anda. Sleep Insights menggunakan kesemua data Fitbit anda untuk memberi panduan khusus mengenai cara-cara memperbaiki tidur anda untuk kesihatan yang lebih baik.

Sleep Stages dan Sleep Insights memberi lebih maklumat untuk kualiti tidur anda dan panduan untuk memperbaiki tidur anda. Digabungkan dengan diet dan senaman, tidur adalah antara faktor utama kesihatan anda, namun kebanyakan orang tidak begitu tahu mengenainya. Tidur yang baik memainkan peranan yang penting dalam kesihatan dan kesejahteraan anda, dari melindungi daripada penyakit kardiovaskular, kencing manis dan obesiti, sehinggalah meningkatkan fungsi neurokognitif, kesihatan mental dan panjang umur.

Pasaran

Alta HR dijual pada harga RM 730 dan boleh didapati dari awal April 2017 melalui portal jualan Lazada dan kedai-kedai termasuk EziBuy, Gizmart, Harvey Norman, Fotiken, Courts, Digital World, Gelant dan peruncit-peruncit lain.

  • Alta HR: RM730
  • Alta HR Edisi Khas: RM820
  • Gelang Tangan Kecergasan Klasik: RM130
  • Gelang Tangan Kulit Luxe: RM250
  • Gelang Tangan Besi Luxe: RM420

Sleep Stages dan Sleep Insights boleh didapati di seluruh dunia bermula pada Musim Bunga 2017. Sleep Stages boleh digunakan dengan peralatan Alta HR, Blaze dan Charge 2 melalui aplikasi Fitbit pada Android, iOS dan Windows, serta melalui menu “dashboard” dalam talian Fitbit . Sleep Insights boleh digunakan dengan semua peralatan Fitbit yang menyokong penjejak data tidur melalui aplikasi Fitbit.

You might also like