Facebook Melancarkan Facebook 360, Platform Khas Video Imersif Bersama Gear VR

Fungsi perkongsian video semakin mendapat tempat di dalam platform Facebook, terutamanya dengan Facebook Live. Format gambar dan video 360 darjah juga menerima reaksi yang sangat positif dari pengguna.

Bagi pengguna yang memiliki Samsung Gear VR, Facebook baru sahaja melancarkan Facebook 360, khas untuk anda memainkan kandungan media 360 darjah melalui Gear VR. Facebook 360 menawarkan antaramuka yang imersif dan dibangunkan khas untuk pengguna melayari kandungan format 360 darjah di timeline Facebook mereka. Facebook juga melengkapkan fungsi share dari dalam Facebook 360 tanpa anda keluar dari Facebook 360, mahupun Gear VR.

 

You might also like