Samsung Gear VR Generasi Baru

954
- Iklan -

Gear VR_01Di samping Galaxy Note 7, Samsung juga memperkenalkan model terbaru Gear VR dengan beberapa tambah baik. Model Gear VR tahun ini mempunyai dimensi paparan yang lebih luas berbanding model sebelum ini, selain itu juga beberapa modifikasi minimal dilakukan pada reka bentuk fizikalnya bagi memberikan keselesaan ketika penggunaan untuk tempoh masa yang lama.

Gear VR_03Foam pad yang digunakan pada model kali ini lebih lembut dan selesa untuk dipakai, dengan berat 345g sahaja pasti anda selesa mengenakan Gear VR untuk tempoh masa yang lama. Selain itu Samsung juga menawarkan dua jenis modul sambungan kepada anda, USB Type-C (Galaxy Note 7) dan juga MicroUSB (Galaxy S7, S7 Edge, Note 5, S6 Edge+, S6 Ege, S6).

OCULUS HOMEUntuk mengakses kandungan VR, anda boleh masuk ke dalam dunia Oculus Home, di situ terdapat pelbagai kandungan ditawarkan untuk anda seperti permainan dan video.

Noname