Apple Padam Aplikasi Membuat Stickers Untuk WhatsApp Dari App Store?!

Sebelum ini kami ada berkongsi dengan anda mengenai fungsi Stickers yang hadir pada kemas kini terbaharu WhatsApp. Selain itu, pengguna juga boleh menambah Stickers atau mencipta sendiri Stickers untuk digunakan pada aplikasi WhatsApp melalui aplikasi pihak ketiga.

Semenjak itu, ramai pembangun telah membanjiri Google PlayStore dan App Store dengan aplikasi khas untuk mencipta Stickers. Menurut WABetaInfo, Apple baru-baru ini telah mengambil langkah menarik balik kesemua aplikasi membuat Stickers dari App Store.

Apple memberikan alasan terlalu banyak aplikasi dengan fungsi serupa, WhatsApp tidak memerlukan aplikasi lain, dan rekaan aplikasi yang sama. Adakah anda gemar menggunakan fungsi Stickers pada WhatsApp? Apa kata anda mengenai penarikan Apple ini?

Sumber 

Baca juga:

You might also like