Kejayaan Jualan Ulang Tahun ke-9 Lazada Terus Jadi Pemangkin dalam Tingkatkan Ekonomi Digital Tempatan

101
- Iklan -

Lazada, platform eDagang terkemuka di negara mengakhiri sambutan jualan ulang tahun ke-9 pada 27 Mac dengan penuh gemilang, memecahkan rekod penjualan bagi tahun sebelumnya. Lazada juga terus komited untuk merancakkan ekonomi digital dengan lebih 50% penjual pasaran menyertai ‘one-day sale’ dan mendapat manfaat daripada trend eDagang yang dilihat semakin meningkat dan pulih dari krisis wabak Covid-19.

Lebih daripada 80% jenama LazMall tempatan telah menyertai jualan ulang tahun ke-9, sementara penjual berprestasi tinggi yang memanfaatkan ‘Sponsored Solutions’, rangkaian alat pemasaran digital Lazada seperti ‘Sponsored Discovery’, memperoleh pulangan pelaburan (ROI) melebihi RM9,500 bagi setiap RM1 yang melabur. Selain itu, lebih daripada 1,000 penjual turut mendapat manfaat melalui kempen gabungan penaja, kerana 100% keuntungan jualan mereka masuk melalui saluran ini. 

Keadaan semasa krisis wabak telah memaksa ramai orang untuk duduk di rumah, ini telah memberi impak kepada siaran lansung eDagang dan gamifikasi di Lazada yang merupakan sebahagian dari ciri-ciri Shoppertainment. Ini juga telah membuat rakyat Malaysia terlibat secara langsung dengan jualan ulang tahun ke-9. Siaran ikonik Lazada ‘Super Party’ yang disiarkan selama 2 jam telah mencatat lebih daripada dua juta penonton di semua platform. Sementara itu, dua kali ganda purata masa pula dihabiskan untuk bermain LazGames di aplikasi Lazada. Para pembeli juga turut melakukan undian sebanyak 11 juta kali di LazFeed untuk merebut peluang mendapatkan hadiah kejutan ulang tahun daripada Lazada. 

Walaupun kebanyakan pembeli lebih tertumpu dalam kategori kecantikan dan kesihatan, carian kata kunci yang popular adalah Baju Raya. Ini menunjukkan bahawa persiapan Hari Raya telah bermula dan pembelian secara dalam talian menjadi pilihan pembeli bagi mendapatkan informasi mengenai baju raya terbaru. Selain itu, salah satu item terlaris adalah pelekat dinding hiasan rumah 3D yang jelas menunjukkan bahawa kebanyakan keluarga memilih untuk merapikan sendiri kediaman mereka. 

Hasil kajian turut menunjukkan bahawa pembeli semakin selesa menggunakan pembayaran secara digital dengan 2X lebih ramai rakyat Malaysia memilih Lazada Wallet sebagai kaedah pembayaran pilihan mereka pada tahun ini membuktikan keyakinan pengguna semakin meningkat ketika membeli belah secara dalam talian. 

Keupayaan logistik Lazada amat penting bagi kempen ini dan pasukan logistik telah bekerja tanpa lelah untuk menghantar barangan semasa ‘one-day sale.’ Pemandu penghantaran telah melakukan perjalanan lebih dari 124,000 KM dalam memastikan pembeli menerima pakej mereka tepat pada waktunya dan seterusnya menjamin pengalaman membeli-belah yang berkualiti tinggi.