Maxis Minta Rakyat Malaysia Sumbang Peranti Melalui Kempen #MYBaikHati Untuk Sokong Pembelajaran Digital

128
- Iklan -

Anda mempunyai peranti terpakai di rumah? Inilah peluang anda untuk menggunakannya untuk tujuan membantu mereka yang memerlukannya. Maxis kini mengundang warga kerjanya, pelanggan dan orang ramai untuk menyumbangkan komputer riba, tablet dan/atau telefon pintar terpakai di bawah inisiatif #MYBaikHati untuk membantu merapatkan jurang pembelajaran digital di Malaysia. Anda boleh sumbang peranti di 10 Maxis Centre di seluruh Lembah Klang, Pulau Pinang, Ipoh dan Johor Bahru.

Inilah caranya: 

  • Cari peranti terpakai/lama yang tidak lagi digunakan. Anda boleh sumbang komputer riba, tablet atau telefon pintar 4G terpakai, ataupun peranti baru. 
  • Anda boleh menyumbang peranti di Maxis Centre berikut:
  • Peranti yang disumbangkan akan diperiksa untuk memastikannya berfungsi dengan baik, tanpa kerosakan, dan dilengkapi bateri dan pengecas.
  • Peranti akan dibaikpulih dan diset semula ke tetapan kilang, sebelum diserahkan kepada keluarga B40 melalui rakan kongsi NGO.
  • Peranti yang tidak memenuhi syarat akan dikitar semula melalui program eWaste sedia ada.

Layari https://www.maxis.com.my/en/campaigns/mybaikhati/ untuk maklumat lebih lanjut mengenai cara menderma serta FAQ untuk maklumat lebih lanjut.

Inisiatif #MYBaikHati yang diumumkan sebelumnya oleh Kerajaan, adalah program crowdsourcing sepanjang tahun yang difasilitasi oleh industri telekomunikasi. Peranti yang disumbangkan akan diedarkan kepada pelajar dan keluarga yang memerlukan pembelajaran dan keperluan harian mereka.