Reviu Eksklusif: HUAWEI Mate 10.4 Hadir Dengan Skrin HD 2K + Kirin 820 + WiFi6 Pasti Sesuai Untuk Kelas Atas Talian!!!

140
- Iklan -

Oleh sebab COVID-19 ini, selain sesetengah orang yang akan terus bekerja di rumah, ramai pelajar perlu belajar dalam kelas atas talian dan membuat kerja rumah secara atas talian. Oleh itu, korang memerlukan tablet dengan harga yang berpatutan dan memberi banyak fungsi praktikal. Walaubagaimanapun, HUAWEI MatePad 10.4 terbaru yang admin ingin memperkenalkan sebenarnya tidak jauh berbeza dengan komputer riba, tetapi harganya lebih berpatutan berbanding dengan komputer riba. Jom lihat fungsinya yang berguna!

Rupa sebenarnya dari segi 360 °

Penampilan keseluruhan MatePad 10.4 sangat mirip dengan MatePad Pro yang dilancarkan sebelumnya, bingkainya agak bulat dan tekstur belakang  peranti ini menggunakan matte kelabu. Beratnya hanya 450g dan ketebalannya adalah 7.45mm, boleh dikatakan sangat nipis!

Bahagian di sudut kanan atas adalah kamera, flash light dan mikrofon.

Terdapat dua pembesar suara dan suis kuasa di bahagian atas peranti; Bahagian bawah peranti  merupakan USB Type-C dan dua pembesar suara yang lain.

Slot kad SIM ada di sebelah kiri badan peranti; terdapat butang kawalan kelantangan dan 4 lubang mikrofon di sebelah kanan.

Di samping itu, semasa membeli MatePad 10.4, penutup pelindung papan kekunci juga dihadiahkan kepada pengguna. Pengguna boleh menjadikannya sebagai kerangka untuk tablet dan menggunakannya sebagai komputer riba mini, memang mudah sekali!

 Skrin HD 2K 10.4 inci

Tablet baru kali ini telah mempertingkatkan skrin menjadi 10.4 inci, dan menyediakan paparan gambar berkualiti tinggi 2K untuk pengguna. Gamut warna NTSC 70.8% membolehkan pengguna dapat menikmati visual yang hebat sama ada foto ataupun video. Pembiakan warna sangat baik, kesan cahaya dan bayangan serta perinci gambar dipaparkan dengan menarik!

Skrin 10.4 inci yang besar mempunyai nisbah 16:9.6 dan bingkai 7.9 mm sehingga mempunyai nisbah skrin-ke-peranti 84%. Jika bingkainya lebih sempit, memang lebih baik! Yang perlu disebutkan bahawa MatePad 10.4 telah disahkan mempunyai perlindungan mata biru yang rendah oleh TUV Rheinland semasa korang menghidupkan mod pelindung mata; Jika korang membaca selama masa yang panjang, korang juga boleh menggunakan mod eBook yang berskala kelabu; atau kebanyakan pengguna yang kegemaran model gelap untuk melindungi mata dan mengurangkan keletihan.

HUAWEI Share & Kolaborasi Multi-screen

Produk terbaru HUAWEI biasanya menumpukan pada rantaian ekologinya yang tersendiri, terutamanya fungsi HUAWEI Share yang sangat popular, jadi MatePad 10.4 mempunyai fungsi HUAWEI Share dan kolaborasi multi-screen supaya pengguna dapat menggunakan tablet dan operasi skrin telefon pada masa yang sama ~

Terdapat dua cara untuk guna tablet dan telefon bimbit pada masa yang sama. Salah satunya adalah dengan mengaktifkan fungsi [Wireless Screencasting] pada kedua-dua peranti tersebut, dan antara muka telefon akan segera muncul di tablet. Kaedah lain adalah setelah tablet disambungkan ke papan kekunci, pengguna hanya perlu mengaktifkan Bluetooth dan HUAWEI Share dari telefon bimbit, dan kemudiannya menjajarkan kawasan NFC di bahagian belakang telefon dengan Shift dalam keyboard (logo NFC dicetak pada masa yang sama). Oleh itu, korang  boleh tap dan sambungkan kedua-dua peranti.

Setelah disambungkan, pengguna dapat menyeret dan meletakkan fail di antara kedua-dua peranti, membalas WhatsApp, atau bermain permainan tanpa masalah untuk korang menikmati hiburan di tempat kerja dan kelas dengan lebih mudah dan senang.

Selain itu, MatePad 10.4 juga menyokong App Multiplier “Penglihatan selari”. Yang sedikit berbeza dari split skrin, peranti ini boleh menggunakan fungsi split skrin bagi aplikasi yang sama, terutamanya dalam aplikasi membeli-belah. Pengguna dapat menampilkan pilihan membeli-belah di kedua-dua skrin untuk memudahkan pengguna membandingkan harga dan meningkatkan pengalaman membeli-belah atas talian!

Yang perlu diingat bahawa bukan semua aplikasi juka sokong App Multiplier, dan pengguna dapat memeriksanya di bahagian setting dan memilih untuk mengaktifkannya sendiri.

Pemproses Kirin 820 + WiFi 6

MatePad 10.4 dilengkapi dengan pemproses Kirin 820 kali ini yang menggunakan pemproses 7nm dan seni bina NPU yang dikembangkan oleh HUAWEI. Oleh itu, peranti ini mempunyai kecekapan yang lebih efisien dan meningkatkan prestasi AI berbanding dengan Kirin 810 yang digunakan pada generasi sebelumnya. Peranti ini juga dilengkapi dengan GPU Mali-G57 yang disokong oleh teknologi GPU Turbo. Oleh itu, peranti ini dapat memberi prestasi yang sangat baik walaupun di bawah penggunaan yang berat, dan membawa pengalaman pengguna yang terbaik kepada pengguna.

Selain itu, peningkatan perkakasan terbesar MatePad 10.4 adalah untuk menyokong WiFi 6. Peranti ini mempunyai lebar jalur yang lebih tinggi, latensi yang lebih rendah dan penggunaan kuasa yang rendah berbanding dengan WiFi 5. Selain menyokong lebar jalur maksimum 160MHz, peranti ini juga dapat menyokong sebanyak 128 peranti pada masa yang sama, penundaan serendah 10 ms, operasi sistem dan operasi permainan berjalan lancar tanpa terganggu, dan penggunaan tenaga dikurangkan sebanyak 30%.

Sudah tentu, semua perkara di atas mesti digunakan dengan penghala HUAWEI WiFi 6 AX3. Walaupun tidak ada fungsi sambungan One Tap, peranti ini masih boleh membawa isyarat yang lebih baik kepada pengguna. Walaubagaimanapun, pengguna harus jelas bahawa WiFi digunakan untuk membantu menerima dan menghantar isyarat dengan lebih baik, bukan untuk meningkatkan kelajuan internet!

Selain itu, ramai orang yang perlu menggunakan Google Drive, Doc dan lain-lain di tempat kerja atau kelas atas talian, dan pengguna juga dapat menggunakannya di MatePad 10.4. Sekiranya korang menggunakan HUAWEI Browser, korang boleh klik pada ikon tetapan di sudut kanan atas dan pilih Laman Desktop supaya halaman tersebut dapat digunakan dalam versi komputer.

Kapasiti bateri besar sebanyak 7250mAh & cas pantas 22.5W

MatePad 10.4 mempunyai kapasiti bateri besar sebanyak 7250mAh. Peranti ini dapat terus bermain video yang berdefinisi tinggi sepanjang 12.5 jam, dan juga menyokong fungsi pengecasan pantas 22.5W. Pihak HUAWEI mengatakan bahawa peranti ini hanya memerlukan setengah jam untuk mengecas tablet 30%, dan boleh dicas sepenuhnya dalam dua jam. Setelah reviu sebenar oleh admin, peranti ini memang berjaya mengecas dengan cepat hingga 30% dalam masa setengah jam, dan memerlukan 2 jam 11 minit untuk mengisi sampai 100%. Prestasi pengecasan pantas boleh dikatakan sangat bagus!

 Harman Kardon yang menghasilkan audio yang berkualiti tinggi

Dari segi kualiti suara, MatePad 10.4 dilengkapi dengan empat pembesar suara dan empat mikrofon yang diselaraskan oleh Harman Kardon, dan dilengkapi dengan fungsi noise-cancellation yang memberi output vokal yang stabil dan jelas. Fungsi ini memainkan peranan yang besar dalam video call, suara manusia dapat menjadi lebih menonjol di berbagai-bagai lingkungan, dan pengguna juga dapat menikmati pengalaman panggilan yang jelas.

Apa Kata Editor!

Secara keseluruhan, HUAWEI MatePad 10.4 mempunyai fungsi yang sangat lengkap. Yang boleh dikatakan cukup baik sebagai komputer riba versi mini sama ada untuk pelajar yang belajar atas talian atau pekerja pejabat yang bekerja pada jangka masa panjang! Tablet ini dapat membantu semua orang menyelesaikan masalah dalam kehidupan seharian, terutamanya dari segi fungsi kolaborasi multi-screen supaya pengguna dapat menyelesaikan lebih banyak tugas tanpa mengangkat telefon, dan meningkatkan efisien. Sudah tentu, yang paling penting ialah HUAWEI MatePad 10.4 ini hanya berharga RM1499. Sekiranya korang ingin membeli atau mengetahui maklumat lebih lanjut, korang boleh melayari laman web rasmi HUAWEI: https://consumer.huawei.com/my/tablets/matepad-new/